Skip to main content

APAKAH BENAR ENGKAU PEJUANG (Qatrunnada)


Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak begitu setia kawan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang,
Tapi ingin jadi pemimpin
Engkau ingin berjuang,
Menjadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang,
Tolak ansur engkau tidak engkau amalkan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sanggup terima cabaran
Engkau ingin berjuang,
Kesihatan dan kerehatan,
Tidak sanggup engkau korbankan
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak mampu menerima ujian

Engkau ingin berjuang,
Tapi engkau rosak oleh pujian
Engkau ingin berjuang,
Tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan,
Engkau ingin berjuang,
Masa tidak sanggup engkau luangkan

Engkau ingin berjuang,
Karenah isteri tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang,
Rumahtangga lintang-pukang
Engkau ingin berjuang,
Diri engkau tidak engkau tingkatkan

Engkau ingin berjuang,
Disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang,
Kasih sayang engkau cuaikan
Engkau ingin berjuang,
Tetamu engkau abaikan

Engkau ingin berjuang,
Anak isteri engkau lupakan
Engkau ingin berjuang,
Ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang,
Kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang,
Pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang,
Rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang,
Iman dan taqwa engkau lupakan

Ya sebenarnya apa yang
Engkau hendak perjuangkan...


::AdAkaH kiTa bSedIA menjaDi PeJuaNg AgaMa AllaH ini??::

Comments

  1. salam....


    perjuangan yg suci hanya untuk allah swt

    mohon follow ur blog

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BIODATA RASULULLAH SAW

copy dari En.hafiz..tq^^ Selawat dan Salam untuk Baginda Rasul..:) Allahumma solli'ala sayyidina Muhammad wa'ala Ali Muhammad.. Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali,nescaya Allah berselawat sepuluh kali (iaitu Allah memberi rahmat ke atasnya sepuluh rahmat)”. Mari mengenali,memahami dan mencontohi keperibadian Rasulullah s.a.w.. BIODATA RASULULLAH SAW · Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. · Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah). · Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah. · Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. · Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. · Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW). · Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab). · Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuai

_VIRUS MERAH JAMBU@VIRUS C.I.N.T.A_

ASSALAMU'ALAIKUM... aPA kHABAR hATI2 sEKALIAN??? Jom baCA!!! Virus merah jambu atau lebih dikenali dgn virus cinta semakin menular dlm masyarakat hari ini.virus ini bukanlah virus baru ditemui oleh para saintis malah Ia telah lama wujud malah mungkin lebih bahaya dari virus influenza H1N1 mahupun SARS. dan tidak keterlaluan jika dikatakan ia sudah semakin sebati dengan hidup setiap insan.saya,anda dan sesiapa sj mungkin pernah merasai penangan virus buta yang tidak kenal siapa mangsanya.malahan,tidak hairanlah jika si kecil yg belum tahu membaca sering menyebut tentang CINTA.Jadi,tidak kisahlah apabila saya bertnyakan adik saya(adek mie..Sometimes called adek wan or adek bu..)yang baru berusia 5 tahun secara tidak sengaja apabila dia sering bercakap tentang LOVE(penangan dari drama2 tv) .. SaRaH: adek wan(a.k.a adek wangi)..apa itu love?? spontan dia menjawab... adek: i luv u.. SaRaH:apa itu i luvv u...?? sj ingin menduga adek:bila laki suka perempuan.. j