Pages

Thursday, June 17, 2010

_VIRUS MERAH JAMBU@VIRUS C.I.N.T.A_

ASSALAMU'ALAIKUM...
aPA kHABAR hATI2 sEKALIAN???

Jom baCA!!!

Virus merah jambu atau lebih dikenali dgn virus cinta semakin menular dlm masyarakat hari ini.virus ini bukanlah virus baru ditemui oleh para saintis malah Ia telah lama wujud malah mungkin lebih bahaya dari virus influenza H1N1 mahupun SARS. dan tidak keterlaluan jika dikatakan ia sudah semakin sebati dengan hidup setiap insan.saya,anda dan sesiapa sj mungkin pernah merasai penangan virus buta yang tidak kenal siapa mangsanya.malahan,tidak hairanlah jika si kecil yg belum tahu membaca sering menyebut tentang CINTA.Jadi,tidak kisahlah apabila saya bertnyakan adik saya(adek mie..Sometimes called adek wan or adek bu..)yang baru berusia 5 tahun secara tidak sengaja apabila dia sering bercakap tentang LOVE(penangan dari drama2 tv) ..

SaRaH: adek wan(a.k.a adek wangi)..apa itu love??

spontan dia menjawab...

adek: i luv u..

SaRaH:apa itu i luvv u...??

sj ingin menduga

adek:bila laki suka perempuan..

jawab adek sambil senyum tersengih-sengih.. : D

Dialog diatas ini dibawakan khas oleh sy adalah sbg satu contoh yang mengukuhkan fakta diatas.dan ini juga merupakan salah satu contoh terbaik bagaimana TV dan media massa turut memainkan peranan dlm meracun pemikiran penonton tidak mengira kecil mahupun besar.

virus merah jambu ini sebenarnya boleh menyebabkan mangsa ‘sakit’,kesakitan dimana mangsa langsung tidak sedar telah ada dalam hati sejak mula-mula lg.mungkin sejak mangsa diusia belasan tahun.ini hanyalah sekadar andaian.tidak wajib betul malah harus salah.virus merah jambu ini telah banyak mengorbankan ramai orang yang rapuh iman dihati.

IBNU QAYYIM pernah berkata dlm karyanya “Zadul Ma’ad”

“Gejolak cinta adalah sejenis penyakit hati yang memerlukan penangan khusus disebabkan perbezaannya dengan jenis penyakit lain dari segi bentuk,sebab mahupun terapi.Jika telah memakan kesucian hati manusia dan mengakar di dalam didalam hati,susah bagi para doktor mencarikan ubat penawarnya dan penderitaannya susah disembuhkan.”

Didalam ALQURAN,

Allah mengisahkan bagaimana virus ini menyerang isteri AL-AZIZ,Zulaikha yang mencintai Nabi Yusuf dan bala yang menimpa kaum Nabi Luth yang mengamalkan hubungan cinta songsang.

Kata seorang ulama

“penyakit cinta adalah getaran hati yang kosong dari segala sesuatu selain apa yang dicintai dan dipujanya”

Bagaimana pula penangan virus ini terhadap diri kita??

bagaimana kita mengatasinya??

Sesungguhnya,hati yang penuh cinta kpd ALLAH dan rindu bertemu NYA pasti kebal terhadap serangan virus ini,sebagaimana yang dibuktikan oleh Nabi Yusuf.sila rujuk surah Yusuf :24,dan surah al-hijr:68-72

Sabda Rasulullah saw:
“Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati.”
Riwayat Al-Bukhari

::Tepuk dada Tanya IMAN::

::HaTi2 menjaga hati::

Rujukan:NUR April 2009,dr.hm TUAH ISKANDAR

Thursday, June 10, 2010

::SaTu CinTA::


ASSALAMUALAIKUM...
aPA kHABAR hATI2 sEKALIAN???

ALHAMDULILLAH....Allah masih memberi peluang buat saya mencoretkan dan berkongsi dlm blog yang agak ‘kosong’ nie...sebenarnya,.saja nak berkongsi 1 lagu yang baru saya download baru2 nie..personally ,saya agak tertarik dgn lagu nie sebab...klu dhyati dgn HATI.. maksudnya sgt mandalam..atau dlm kata lain MENUSUK KALBU a.k.a BEST untuk terapi HATI!!
SATU CINTA..sebuah nasyeed dari kmpulan edcoustic yg berkonsepkan pop-nasyeed from indon(xsalah kan??).edcoustic sbnrnya mempunyai banyak koleksi lagu2 yang best yang mendidik jiwa seperti muhasabah cinta,aku ingin mencintaiMU,sebiru hari ini....dan macam2 lagi (bukan nak promote tapi nk suruh dengar.. :D)n try to find out those songs, really interesting....
Mudah2an ini dapat membuatkan hati2 kita supaya lebih DEKAT dengan NYA..insyaALLAH..ameen..
INGATlah sahabat:
setiap insan hanya mempunyai SATU HATI..PENUHILAH HATI YANG SATU ini CINTA YANG SATU..
CINTA HAKIKI..
CINTA ILAHI..



SATU CINTA
_edcoustic_
ku memohon
dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah
segala dosa dalam diri
ku percaya
Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku... Keimananku

Engkau
Satu cinta
yang selamanya aku cari
Tiada waktuku tinggalkan
demi cintaku kepada-Mu

Walau seribu rintangan
kan menghadang dalam diri
ku teguhkan hati ini
hanya pada-Mu
ku pasrahkan

Oh Tuhan
Selamatkanlah hamba ini
dari segala fatamorgana dunia

Oh Tuhan
Jauhkanlah hamba ini
dari hidup yang sia-sia


GUA.com

Tweet