Pages

Thursday, November 21, 2013

Cerita Saya 1 :" Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

Assalamu'alaikum..

Cantik!

Salam Jumaat buat semua, lama rasanya tak berkesempatan nak update blog yang sunyi ni, ye la pemiliknya agak sibuk, sibuk dan sibuk akhir-akhir ini. Asgment , lab report, kelas dan macam-macam segala perlu di atur dengan penuh berstategi. Bak kata saya- utamakan yang penting dan segera tapi jangan lengahkan perkara yang penting walaupun ianya tidak segera penting (eh, boleh faham ke?) in short, jaga waktu utk semua perkara manfaat (hah, boleh faham? ) whatever la..

so, memang tujuan nak update blog untuk update perihal diri. Kalau-kalau hikmah dari perjalanan hidup saya boleh menjadi pengajaran buat semua. Ya , hidup kita lain-lain, sedangkan saiz kasut, baju pun beza-beza inikan pula ujian kiriman Allah. Kita perlu yakin, setiap apa yang Allah takdirkan adalah sesuatu yang terbaik buat kita. Allah Maha Tahu. Sentiasa pujuk hati dengan terus positif dan dan husnuzzon (bersangka baik) dengan Allah. InsyaAllah, nanti kita akan nampak semua yang baik-baik sahaja. Percayalah!

USM

Alhamdulillah, tidak sedar dalam jaga, sudah hampir 4 bulan saya disini. Kembara ilmu seorang pelajar dan hamba sungguhnya perjalananya tidak selalunya mudah dan ianya panjang.

" Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad" 

Semakin saya belajar, semakin saya pening (eh?tp betul jugak laa.. ), tapi apa-apapun perlu diperbetulkan disini. kerana ilmu semakin kita belajar kita akan dapat rasa tan tahu bertapa luasnya  ilmu Allah ..serez. dan pentingnya ilmu itu untuk digunakan untuk ISLAM. ya, menyumbang semampunya kepada Islam semoga pelaburannya di'sini' dapat dituai di'sana' nanti. InsyaAllah.

"sarah, menyesal ke sambung belajar?"
"sarah, jeles ke dengan kawan-kawan yang dah jadi Engineer?"

soalan bertubi-tubi dari seorang sahabat.. jawapannya "tidak" , saya tak pernah menyesal, sebab istiqarah saya tunjukkan jalan saya kesini.Perlu tahu, saya tak pernah untuk membayangkan saya akan sambung master. Tapi soalan ayah, membuatkan saya terpaksa membuat pilihan. Kata-kata ayah dan mak, buat saya berfikir dua kali. digagahkan hati diisi juga borang Master USM walau tarikh akhirnya hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Tanpa siapa-siapa ketahui walau sahabat dekat saya. Ya, mengisi dan menulis tanpa hati. dalam masa yang sama, pendapat demi pendapat saya cuba dapatkan dari senior sehati dan sahabat sejati. Akhir Julai, keputusan keluar. Saya layak diterima belajar untuk kursus master  intake September 2013. Hati berbelah bagi. keluarga harap supaya saya pergi tapi hati sendiri berharap supaya saya diberi kesempatan kerja dahulu. Saya anak sulung keluarga.

" kakak, hang ni tak sesuai la keja engineer, jadi lecturer laa.." -abang 
(dalam hati; how dare u abang..

sob3 T.T

Ya, segalanya saya serahkan pada DIA. istiqarah demi istisyarah akhirnya memberikan suatu rasa yang luar biasa. dan 26 Ogos 2013 mendaftarlah saya sebagai pelajar USM. Bulat tekadku sewaktu baru ingin bermula semoga ilmuku dapat dimanfaatkan buat Ummah. InsyaAllah. Mudahmudahan.walau perjalananya bukan semanis dan seenak yang disangka. kadang-kadang menangis sendiri dan selalunya bersuka dan senang hati walau project , asggment, dan lab report sentiasa membuatkan kami terkejar-kejar. Alhamdulillah, disini saya telah jumpa sahabat. Mereka antara penawar buat saya. :) Hilang sedikit kesunyian dan kekosongan dihati. Tapi mereka di Perlis, akan terus dirindui.. ^^

Doakan semoga saya terus kuat dan bersemangat.

To be continue

(insyaAllah nanti sambung lagi..)




GUA.com

Tweet