Pages

Tuesday, June 28, 2011

Rezeki



assalamualaikum..
apa habaq hati2 sekalian..
harap2 hati2 kalian sentiasa dan terus bercahaya..:)
alhamdulillah..
syukur2..
da lebih kurang 2bulan di rumah..(tanam anggur+nanny..he~)
apa boleh buat..2hri jln2 walk in interview kt FIZ penang
tp,xda rezeki buat sy..
aduii..mmg down sgt..
(xmau ckap lg..;( )
tp,mmg byk hikmah dsebalik nya..
byk belajar tentang rezeki..
walau,byk ruang (penang kan mmg byk keja kosong)
ada peluang(kebetulan,mmg ada pakcik yg recommend)
tp,kalau itu bukan rezeki buat sy..
apa nk dikata..
setiap yg anak adam yg lahir,telah ditetapkan rezeki buatnya..
dan ternyata ia bukan rezeki sy..
mungkin tempat itu,adalah lubuk rezeki buat org lain..
yg pasti ada sesuatu yg terbaik yg ditakdirkan buat diri..
dan
sepanjang 2bulan..
terlalu byk perkara yg berlaku..
dan alhamdulillah.
sdg dan akan berusaha untuk terus menjaga hati..
agar ia terus bernafas..
insyaAllah..
segalanya dgn izinMU..:)


Friday, June 24, 2011

Ingatan


assalamualaikum..

ingatan buat diri..

jadilah insan lara yg temannya mujahadah dan taubat.sentiasalah berusaha menjadi insan yg baik walau masih digamit oleh ghairah kejahatan dosa dan maksiat.jatuh bagun kembali.jatuh bagun lagi.ukirlah seribu taubat walaupun telah berkali2 dimungkiri.

Allah tidak akan jemu dgn taubat walaupun telah beribu kali dimungkiri.Allah tidak akan jemu dgn taubat hambanya selagi kita tidak putus asa kepadaNya.tepuhi jln mujahadah sekalipun langkahnya pernah goyah.kita tidak akan kalah selagi tidak mengalah.

salam mujahadah.moga hati terus kuat.

~sumber:blog shbt~

Saturday, June 18, 2011

Heart


hati :umpama raja dlm diri
akal :tugas laksana bendahara,mnjd penasihat kpd hati
membaca..
memberi makanan kpd akal.
memberi cahaya kepada hati
'bacalah dgn nama Tuhanmu yg menciptakan'

hati:jgn biar ia kosong.
ia pny pengaruh besar dlm diri.
hati mati .xguna hidup.
hati sakit.cari penawar.
AlQuran.Assyifa'
penawar mujarab.
::beri ku kekuatan utk hidupkan hatiku::



Thursday, June 16, 2011

Nikmat Allah..


Assalamualaikum...

Allahumma solli’ala saidina Muhammad..Wa’ala ali Muhammad~

selawat dan salam untuk Baginda Rasul

Terasa lama tak merapu disini(erm..xsampai setahun pn..)apa nk dikata tiada kudrat nak on9 bila kesihatan diri tidak mengizinkan.sejak balik dari ber jalan2 sehingga sekarang masih dalam keadaan tidak begitu sihat.tetapi,sekarang Alhamdulillah semakin baik.mungkin terlalu lama diuji dengan nikmat kesihatan yg baik,sekarang tibanya masa Allah mengujiku dgn kesakitan yg mungkin hny sedikit berbanding orang lain.mungkin jg kaffarah dosa diri.astaghfirullah.

sungguh,segalanya daripadaNYA,terima dengan redha.teringat kata2 seorang sahabat bulan lepas “biarlah bila kita meniggalkan dunia ini dalam keadaan Allah redha pada kita,dan kita redha padaNYA”.Hakikatnya dalam hidup, kita hanya ada dua shj pilihan samada hidup utk mendapatkan redha Allah atau hidup utk mendapat pujian manusia.oleh itu,sentiasa soal diri.kerana kadang2 kita mudah terjerat dgn perangkap syaitan.

Nikmat iman,kesihatan,keluarga,sahabat,airmata dan segalanya semua dari Allah.Bagi seorang muslim,dua nikmat terbesar adalah nikmat iman dan Islam.(dan bagiku mungkin ada 1 lg nikmat yg tak ternilai.Alhamdulillah,syukur tak terhingga.doaku moga diri ini terus tsabat.insyaAllah)segalanya nikmat Allah.Tidak mustahil Allah akan menariknya kembali jika kita tak pandai bersyukur dengan pemberianNYA.kerana dengan bersyukur juga dapat meningkatkan darjat seseorang hamba.Bersyukurlah jika diri diuji.Itu tanda pandangan Allah jatuh pada kita dan ia bukti jelas Allah masih sayangkan kita.kerana disebalik ujian yg tersurat,tersirat begitu banyak hikmah.kerana ujian hadir dgn pelbagai asbab.ada ujian untuk kesabaran, ada ujian untuk bersyukur, ujian untuk memberi petunjuk, ujian sebagai hukuman, ujian sebagai cubaan, ujian untuk memajukan diri dan ujian supaya mendapat pahala.muhasabah&hisab diri..itu yg terbaik.

Kali ini Allah mengujiku dgn kesakitan.pengalaman pernah beberapa hari di wad hari tu sgt2 menginsafkan.Bagiku Wad adalah tempat kedua yg menginsafkan selepas tanah pekuburan.(tambah2 lg,wad itu juga tempat terakhir arwah adikku ,syahida...YA Allah,rindu sgt,dah lama xmimpikan dia....)disana,berjumpa dengan pelbagai orang beserta ragam.kadang2,terasa nak menangis bila tengok org lain yg sakit lebih teruk,tambah2 lagi bila ahli keluarga tidak menghiraukan.insaf.mungkin itu ujian buat mereka.diri sendiri jg tidak pasti bagaimana kehidupan mendatang,mungkin Allah akan mengujiku dengan ujian yg lebih berat dari mereka.Allahu’alam.Allah sahaja yang tahu.Hanya mampu berdoa supaya Allah memberikan segala yg terbaik buat diri.jika kesakitan ini adalah yg terbaik buatku ,redha.mungkin ada hikmah disebaliknya..Alhamdulillah atas segalanya..semoga diri ini terus diberikan kekuatan hati & jasad utk hidup sbg hambaMU.ameen :)


“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

surah Ar Rahman(ayat 16)

mungkin sy tak layak utk menulis,kerana sbnrnya agak susah utk "walk the talk".tapi,selalu teringat ayat ini.

"Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya"~As saff (ayat 3)

dan sebenarnya ayat ini secara tidak langsung byk mendidik diri supaya menjadi lebih baik.kerana setiap apa yg diungkap akan diuji oleh Pencipta.


Sunday, June 5, 2011

Muhasabah Cinta

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu..

GUA.com

Tweet