Pages

Sunday, November 30, 2014

Cerita Saya: "Mengunggur" "Kosong"

Assalamualaikum..

Selawat dan Salam untuk Baginda Rasul..

Waaah! lama sungguh tak update blog. Maaf kalau terlalu banyak sawang dan habuk. hee~ Sekarang ada masa, tumpang online di library memang heaven.

Cuma nak update status semasa,
kalau ada yang menunggu..maaf jangan terasa.

waa~ (dah jadi pantun 2 kerat)

Alhamdulillah.
sekarang saya sudah menamatkan pengajian dlm M.Sc. Environmental Engineering. Tak sangka sungguh..
Alahmdulillah , syukur.. Allah masih sudi menjawab setiap doa saya hari-hari,   buat mak ayah terima kasih sangat kerana terus support dan menjadi asbab untuk kakak terus kuat walaupun banyak badai dan ujian datang.. walaupun kadang-kadang terasa tak mampu tulang perempuan kecil ini menanggung. Terima kasih buat supervisor saya Dr. Sufian yang terlalu byk membantu dan memahami saya.  Dan akhir sekali kawan-kawan lain.. we support each other. Saling menguatkan. sorang lemah, maka yang lain akan turut membantu walaupun sidikit. akhirnya kami dapat konvo sama-sama. walaupun tanpa ida,- bersalin time hari konvo. Bagus betul anak umi tuu. hihi

Dan sekarang,  masih 'tanam anggur': kosong. Masih meneruskan tugas hakiki seorang hamba iaitu berusaha. Kerana rezeki kita Allah sudah atur. Positif. Kita hidup harini juga adalah kerana DIA. Jadi jangan putus untuk berharap kerana segalanya atas izin DIA, semoga Allah mudahkan urusan saya dan sahabat-sahabat untuk mencari rezeki halal dibumi Allah dan dapat berbakti pada semua.

Menganggur. kosong tanpa kerja. ironinya nampak negative. Tapi mari positifkan ia. Bagaimana?. Bagaimana kita mengisi kekosongan itu.  Alhamdulillah, disebalik kekosongan ini, saya dapat buat bermacam perkara yang sebelum ini saya tak ada masa untuk itu. macam-macam.. DIY Projects, dapat habiskan beberapa buah buku, improve skill-skill  rumah tangga (^^,), sukarelawan program-program, tuition dan lain-lain.  Ya, Ia bukan negative sangat pun. Walaupun ia bukan kerja untuk duit. But that's enough for my own desire. Apapun, positif, kerana disebalik sesuatu ada sesuatu. Redha. Sangka Baik. Betul sangat kata PU Johani. Mari melihat dengan mata hati. Ubah cara kita melihat nescara reaction kita terhadap sesuatu juga akan berubah. Allah Maha Tahu. Serahkan kepada DIA. Kerana segala daripada kita adalah perancangan dari DIA. dan Jalankan Tugas Hakiki seorang Hamba iaitu berusaha. Biar semuanya dikira ibadah.

InsyaAllah.
Doakan saya dan saya sentiasa doakan saudara seislam saya.

Good Luck.

Moga hari ini lebih baik dari semalam. 

Thursday, May 29, 2014

Perbezaan Kejuruteraan Alam Sekitar dan Sains Alam Sekitar

Assalamu'alaikum


Selawat dan Salam untuk Baginda Rasul

:D

Alhamdulillah, lama sangat tak meng'update. Dah berdebu.. tapi Alhamdulillah berdasarkan statistic ramai visitor ke sini untuk info kejuteraan alam sekitar. Harap, sedikit info dari blog ni dapat membantu kawan-kawan semua ok. :)

ok, sekarang dah fasa akhir untuk master saya.  THESIS WRITING! kalut sikit, serabut banyak. begitu lah. tolong doakan yg terbaik supaya segalanya ok. sekarang kami tengah pulun disaaat akhir. pecut. dah kurang masanya untuk ulang alik balik rumah. ^^,

ok, post ini sebenarnya hanya untuk menjawab persoalan. ada yang tanya..

Q: apa beza kos kejuruteraan alam sekitar dan kos sains alam sekitar?

A: nampak bezanya? kejuruteraan dan science kan? 

ok, engineer's job-->  to solve problem.

in short:

Environmental Engineering: To solve problem.
Environmental Science : Determine what is the problem.

-no need to explain more-

ok, ini memang secara general untuk pemahaman mudah. Setakat pengetahuan saya. Untuk lanjut sila bertanya kepada mereka yang pakar.

Allahu'alam

*Maaf, bahasa rojak

Subhanallah

Friday, February 21, 2014

Post Special Edition My Birthday :D

Assalamu'alaikum..
Sollu 'alan Nabi :)

Post special edition. Sebenarnya dah tak berapa nak special ( erm?) 



Alhamdulillah atas segalanya..

20 Feb 2014. Genap anak mak dan ayah menjejak usia 24 tahun. 1st person yang wish adalah mak. SmS penuh dengan DOA yang baik2. Seronok sangat. Walau smsnya hanya dibaca dan dibalas pada jam 6pagi.

24 Tahun.Dah besar.
Sepatutnya,
Dah matang dan lebih fokus ,
dan perlu lebih serius untuk bersedia menjadi pendamping buat seseorang.
Siapa?
Sabar.
Nanti sampai masa, Allah akan tolong jawab kan.
;)

24 Tahun,
Hanya angka.
hakikatnya,
tempoh 24 tahun berhuni didunia ini perlu berbaloi.
Bukan dibiar dengan sesuatu yang sia-sia
(pesanan SERIUS buat DIRI)
Pilih
Pahala vs Dosa.
apapun,
hidup sekali biar bererti.
Syurga vs Neraka.
Pilih.
Bagaimana kita hidup akan menentukan bagaimana kita 'nanti' di'sana'
Taubat sebelum terlewat.
Astaghfirullah..

Jangan salah pilih.

# Sekarang, agak down.. serius..
mengambil masa untuk tenang.

mak... ;(
Ya Rabb,moga langkahku bernilai disisi MU..
Permudahkanlah..




Tuesday, February 18, 2014

Kisah Cinta di Rumah Hassan AlBanna

Assalamu'alaikum..
Selawat dan Salam untuk Baginda Nabi :)


Imam Hassan Albanna rahimahullah membuktikan bahawa sesibuk mana kita dalam urusan seharian (sebagai businessman,negarawan,ahli korporat, ahli politik, pemimpin masyarakat,dan sebagainya), keluarga harus diletakkan sebagai priority. Dakwah yang suci ini harus dimulakan dengan keluarga sendiri. Kesan mengutamakan keluarga dalam segenap perkara telah menghasilkan anak-anak yang hebat. Kesemua anak beliau ialah lapan orang namun dua orang meninggal sewaktu kecil.

Anak-anak Imam Hassan Albanna adalah:

1) Wafa Albanna, berkahwin dengan Sheikh Said Ramadhan dan ibu kepada Dr.Tariq Ramadan

2)Ahmad Saiful Islam, mantan anggota parlimen Mesir

3) Dr. Tsana, Pensyarah Pengurusan Rumah Tangga di beberapa university di Arab Saudi

4)Ir. Roja', seorang jurutera

5)Dr. Halah, pensyarah perubatan (pediatrics) di University Al Azhar

6)Dr. Istisyhad, Pensyarah Ekonomi Islam

Jasa Imam Hassan Albanna rahimahullah akan sentiasa dikenang oleh umat Islam yang cintakan kemurnian agama Islam ini.



Credit untuk sahabat saya Muhammad Nazrul
(Copied from his fb status)

Sunday, February 2, 2014

Pesanan HaTI

Assalamu'alaikum..

Selawat dan Salam untuk Baginda Rasul..
:)

Hanya ingin berkongsi..
just a few lines..
but, too deep!

kak, saya mintak maaf..
kekadang saya tak kuat.. ;(
tolong doakan semoga saya kuat dan sabar dengan ujian yang sentiasa ada..



Ini sebahagian dari pesannya..

"Kurangkanlah berbicara soal hati, lantas perbanyakkan mengingati mati. 
ramai diluar sana yang sakit tetapi tidak sedar akan kesakitannya, ramai yang tenat tetapi menafikan ketenatannya. 

Maka, latihlah diri menjadi muslimah yang BIJAK dan berSTRATEGIK. 
Kerana muslimah yang bijak akan mencari penawar yang terbaik buat pesakitnya, dan muslimah yang berstrategik akan mencatur diri dan orang disekelingnya untuk menolong  Islam.

Jangan biarkan fenomena 'cinta ana nti', 'bakal imam', 'bakal makmum', 'bakal zauj' dan seangkatan dengannya melemahkan jiwa 

Tidak Allah lambatkan walau sesaat apabila tiba masanya. 
Optimis dengan Allah."



#Tolong doakan

Alhamdulillah,
semakin hari semakin nampak jalan..
Dulu jalan menuju DIA nampak samar..
Kini, lain..
Lebih faham, terisi..
Apa yang penting perlu improve diri..

Alhamdulillah..
Mungkin ini hikmah disebalik ujian ini.
ujian membawa kita kembali kepada DIA..
apa yang penting sabar..
Allah tak uji seseorang insan dengan sia-sia..
Mungkin tak berjodoh di dunia.
InsyaAllah jodoh yang terbaik akan berada disyurga
:)

InsyaAllah,
Jadi solehah itu yang pertama..
Anak solehah pada Mak, Ayah..
Berbakti pada mereka..
Gembirakan hati mereka..
Mana tahu,
Ajal menjemputku dahulu..

#mood: teringat Arwah Izzah,
dik..akak rindu kamu,
semoga akak juga beroleh syahid sepertimu..
salah satu tanda syahid;
~meninggal disebabkan sakit dalam perut~

Astaghfurullahal 'azim

Pesan Ustaz Rijal:
Selawat banyak pada Baginda Rasul
Siapa banyak selawat dia akan dekat dengan Rasul..
Bila dekat dengan Rasul,
Kita akan terkesan dengan Tarbiyah direct dari Rasul..



Friday, January 31, 2014

Cerita Saya 2: My Dissertation

Assalamu'alaikumm ^^

Selawat dan salam untuk Baginda Rasul.

Semoga jasad dan hati sentiasa sihat dan sejahtera hendaknya.. 
insyaAllah :)

Hati terasa nak mencoret. erm tentang apa?
My dissertation? 
November 
Bulan yang agak sibuk, langsung tak terfikir tentang dissertation, tajuk dan supervisor. Dek kerana terkejar due date untuk assignment, project, test dan memandangkan hati sendiri pun tak sebegitu sihat untuk beberapa bulan. Jujurnya, saya agak hilang fokus. Menjadi pelajar Mixed Mode masa kami tidak seperti pelajar Research macam sahabat yang lain.

Dua minggu sebelum tarikh penghantaran dissertation proposal saya mula sibuk mencari supervisor. Emel demi Emel dikirim kepada pensyarah. Masa tu, saya hanya mahu dua; 1) Supervisor perempuan 2) Tak nak masuk lab (demand kan?) doa demi doa semoga urusan ini dipermudahkan dan semoga Allah memakbulkan kedua perkara diatas. Propose beberapa tajuk untuk lecturer pilihan tapi, bermacam masalah dengan tajuk tersebut. cuba untuk positive. Last minute, tiada pilihan. random emel kepada lecturer bertanyakan jika masih punya tajuk untuk dikaji. Dan , Alhamdulillah, seorang Dr. menerima.  Short meeting. saya terangkan kenapa saya agak keberatan untuk masuk lab.Dialog. Perbincangan itu melembutkan hati saya untuk menerima tajuk tersebut dan ditambah pula ia tentang EM!! Effective microorganism. Teruja . Tajuk yang memang dah lama diimpi sejak undergrad lagi. Ditambah dengan kesuntukan masa. Saya yakin, takdir Allah ini yang terbaik. Supervisor saya seorang lelaki dan saya perlu masuk lab. ^^ Akhirnya, persoalan saya terjawab . Terima Kasih Dr. :)

 Bak kata Dr. X "Tajuk apa pun yang kamu dapat, kamu perlu belajar, so, sama saja. Apa yang lebih penting adalah contribution untuk masyarakat" 

Ya! BELAJAR--ILMU Allah.

Ketepikan segala yang lain. 
Mak pesan-buat apapun lillahitaala, bukan untuk dapat itu atau dapat ini.
Pesan seorang senior- buang niat jika belajar hanya untuk dapat kerja. Ia lebih dari itu. belajar untuk ilmu Allah. Nanti, Allah akan mudahkan segala yang lain. Rezeki dari Allah. 

Alhamdulillah 

Lega. Senyum. 

Alhamdulillah.Sekarang, sample sudah tersedia. literature review perlu lebih giat. insyaAllah next week akan mula masuk lab. 

Semoga Allah mudahkan setiap langkah kearah ilmu ini. Dari mula hingga akhir. Ilmu Allah itu luas. Terlalu luas. Terokailah semampumu.

"Ilmu itu cahaya"
"Tapi hati-hati, cahaya juga mampu menyilaukan mata" RBTL 

Saturday, January 25, 2014

Insan misteri

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah
wa
Syukrulillah

:)

Ikut hati banyak cerita yang mahu dikongsi. Cerita hidup seorang sarah (eh?) Hari demi hari Allah temukan saya dengan insan-insan misteri yang datang entah dari mana. Mereka mengajar saya perihal hidup. Satu demi satu. Hikmahnya insyaAllah ku simpan siap untuk bekalan masa depan. Kadang-kadang hanya sempat bersembang sekejap, tapi pesannya MasyaAllah meresap kelubuk hati. Kadang-kadang hanya mampu tersenyum, memerhati insan-insan misteri disekitar diri. Sungguh banyak 'pesan' mereka pada saya. Terlalu banyak. kadang-kadang hanya berjumpa seketika tapi mendengar cerita mereka dengan tangisan hati turut terkesan. ya, hari ini hari dia, mungkin esok hari saya. Ujian untuk menguatkan bukan untuk melemahkan.

Syukur

Allah temukan diriku dengan mereka.

Apa sebab?

Allah mahu menegur diri melalui insan-insan misteri.

Hati terlalu lalai,
Jauh dari Tuhan..
Mana mungkin dua cinta bermukim dihati..

Satu pesan Ustaz Rijal pada kami..

Jangan lupa Tuhan..
Lazimi Zikrullah setiap hari..

sekurang-kurangnya:

100x -Istighfar
100x- Selawat
100x- Syahadah

insyaAllah..

Selamat bermujahadah!
(Hati, semoga cepat sembuh)

^^

Monday, January 13, 2014

Panduan untuk Lepasan SPM ( ke arah Ijazah Sarjana Muda Kej. Alam Sekitar)

Assalamualaikum! ^^

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ



Salam Maulidur Rasul kawan-kawan..



Alhamdulillah,

Selesai final exam untuk Master Mixed Mode saya ^^ Harapnya, resultnya ok~ tlg doakan ya..




Ramai yang bertanya tentang Kej.Alam Sekitar. Jadi, nak ambil kesempatan ini untuk cerita sekadar pengetahuan saya (basic/general) tentang kos kej.Alam Sekitar. Kenapa kos. kej. Alam sekitar ? ini sebabnya (Kos pilihan kej.Alam Sekitar ) Harap sikit tulisan saya mampu memberi manfaat untuk adik-adik lepasan SPM dalam mencari kerjaya pilihan untuk masa depan.

Panduan untuk lepasan SPM 
(Ijazah sarjana Muda Kej. Alam Sekitar) 

Semua orang berpeluang untuk belajar dalam kos ini , asalkan ada keinginan, minat untuk belajar dan memenuhi syarat kelayakan minima kemasukan. Mana tahu mungkin nanti kita adalah salah seorang environmentalist ummat.

InsyaAllah. Untuk menjadi seorang environmental engineer (dan bidang kerja sewaktu dengannya), segulung Ijazah Sarjana Muda Kej.Alam Sekitar dan setaraf amat diperlukan disamping ilmu dan skill sebagai seorang engineer.

Selalunya, ramai yang runsing dalam memilih bidang untuk pengajian diperingkat matrikulasi, diploma atau ijazah. Untuk belajar dalam bidang Kej. Alam Sekitar, selalunya selepas SPM ada banyak peluang untuk meneruskan pelajaran samada di Kolej swasta, Kolej Universiti, Politeknik, Matrikulasi, Asasi, dan lain-lain.

Pertama sekali, tentukan minat diri dan kecenderungan diri samada berminat untuk belajar dalam bidang medic, science, engineering, sastera, agama, akaun dan lain2. Minta pandangan keluarga, kawan-kawan dan guru untuk membuatkan pilihan yang tepat untuk bidang pengajian diperingkat seterusnya.

Lazimnya, minat atau kecenderungan bergantung kepada keputusan peperiksaan SPM anda dalam menentukan minimum requirement untuk sesuatu kos. So, choose wisely dan jika untuk lebih yakin lakukan istiqarah dan mohon bantuan dari Allah dalam membuat pilihan.


1. SPM -Matrikulasi -Ijazah sarjana Muda kej.Alam Sekitar 


Untuk mereka yang layak untuk memasuki program Matrikulasi, terdapat tiga pilihan kursus. iaitu Sains, Perakaunan dan Teknikal. Untuk mereka yang berminat untuk sambung belajar dalam bidang Ijazah Sarjana Muda kej. Alam Sekitar. Pilihan kursus Sains di matrikulasi adalah pilihan yang tepat kerana kita akan diajar tentang asas-asas teknikal berkaitan dengan fizik, matematik dan kimia sebagai persediaan untuk pengajian diperingkat Ijazah.

Kursus matrikulasi terdapat dua pilihan program;
1) Program Satu Tahun (PST)
-Dua semester
2) Program Dua Tahun (PDT)
-Empat semester

Walaupun, matrikulasi agak 'tough' tapi ia agak berbaloi kerana selepas matrikulasi kita boleh meneruskan pengajian diperingkat Ijazah tanpa mempunyai Diploma. Jadinya, masa kita dapat dijimatkan. ini kerana matrikulasi hanya setahun ke dua tahun tetapi Diploma tempoh pengajian adalah selama tiga tahun.


2. SPM - Politeknik (Diploma kej. Alam Sekitar) - Ijazah Sarjana Muda Kej. Alam Sekitar 



Selain matrikulasi, politeknik juga adalah pilihan yang baik sebagai satu platform untuk meneruskan pengajian. Di politeknik juga terdapat Diploma Kej. Alam Sekitar. Permohonan juga melalui online Politeknik. Apa-apapun, selepas selesai SPM, anda semua mesti alert dan update dengan tarikh, tawaran, dan semua yang berkaitan sebab once dah terlepas tarikh permohonan, semuanya sia-sia.


Tempoh pengajian di politeknik adalah selama 3 tahun. Macam-macam kos ada sana. Jika berminat untuk kursus Diploma Kej.Alam Sekitar. Jadikan ia sebagai pilihan pertama. insyaAllah jika rezeki semuanya akan dimudahkan. Sepanjang tempoh 3 tahun, pembelajaran, lab, assignment, kerja kursus dan latihan industri perlu dilengkapkan dengan sebaiknya.

Satu kelebihan mempunyai Diploma Kej. Alam Sekitar adalah selepas tamat belajar diperingkat Diploma, anda boleh terus apply kerja dalam bidang ini sebelum anda menyambung pengajian di peringkat Ijazah. Ini tidak bagi pelajar Matrikulasi yang perlu terus menyambung pengajian di peringkat Ijazah. (sebab sijil Matrikulasi hanya di'terima' untuk kemasukan peringkat Ijazah dan bukan untuk memohon pekerjaan (senang cakap; sijil matrikulasi tak laku untuk kerja ^^). Selain itu, bila dah ada Diploma, credit hour untuk certain subject boleh dipotong bergantung pada pihak Universiti. so, boleh jimat masa belajar (maybe boleh ambil Ijazah dalam 3 tahun atau 3 tahun setengah, jimat satu semester) 

Ijazah Sarjana Muda Kej. Alam Sekitar. 


Pemilihan kursus Ijazah boleh dibuat online melalui UPU. Tapi sebelum tu kena beli Num.ID dulu di BSN. ^^

So, pilihlah 8 kursus mengikut kecenderungan anda di semua IPTA di Malaysia. Pilih 8, tapi result keluar nanti hanya salah satu dari 8 pilihan yang diterima TAPI jangan pelik jika kos yang langsung anda tak pilih juga diterima. Redha. Sebab kadang-kadang kita tak akan dapat apa yang kita nak. Tapi, jika tak dapat mana-mana tawaran, anda masih boleh buat rayuan permohonan.

Tahniah jika mendapat kursus yang memang didambakan (ewahh) tapi jangan sedih jika mendapat kursus yang bukan didalam senarai pilihan. Minat boleh dipupuk. Jika kena dengan Niat insyaAllah Allah akan bantu untuk memudahkan jalan yang sukar dan membukakan hati untuk tenang dengan pilihan DIA.

Untuk Ijazah Sarjana Muda Kej. Alam Sekitar. Tempoh pengajian adalah selama 4 tahun. Seperti biasa, sepanjang tempoh 4 tahun (8 sem) ada banyak benda yang dapat kita belajar melalui exam, lecture, tutorial, assignment, field trip, lab, latihan industri, final year project (FYP) dan lain-lain. Sila belajar baik-baik. hehe dan selepas itu InsyaAllah anda akan bergraduasi ! Yeay!

Semoga dipermudahkan!
:)

Apapun NIAT belajar diawalnya perlu betul. 
*untuk memartabatkan ilmu 
*berbakti/manfaatkan untuk masyarakat


Master?
Phd?

insyaAllah, akan diupdate kemudian ^^






Sunday, January 5, 2014

Dua Muka

Asslamu'alaikum..

selamat pagi dunia :)


Baca Tajuk: 2 Muka

siapa?


hee~

ada dua muka ..
karakter yg sama bezanya 1 muka tiada siapa yang mengenali dan 1 lagi ramai yang mengenali.

1 muka:
bisa tulis apa2..
luahan rasa hati..
pandangan peribadi..
kata menyakitkan hati
kerana
tiada siapa yang menganali

1muka lagi..
bisa tulis macam2
bukan luahan perasaan hati..
mahupun pandangan peribadi..
ia hanya ruang untuk interaksi..

kini,
dek kerana rasa sakitnya hati..
satu muka terpaksa dipadam
padan muka!
err

haish,
peliks
apapun,
dari DIA ianya datang
dan kepada DIA hatiku patut pulang
bukan memberi peluang

"hidup sekali, biar bererti.."


Comel ^^ 2 Muka

GUA.com

Tweet