Pages

Sunday, July 28, 2013

Kelebihan Selawat







 Bismillah 


Anda Pasti menitiskan air mata mendengar berita ini. Terutama permohonan Malaikat Isrofil kepada Allah SWT..

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, “Malaikat Jibril, Mikail, Isroafil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”

Berkata pula Mikail A.S. : “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”

Berkata pula Isroafil A.S. : “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T. dan aku TIDAK AKAN mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T. mengampuni orang itu (yang bershalawat).”

Malaikat Izrail A.S pula berkata : “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi.”

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

Bacaan Sholawat Nabi sangat beragam, ini adalah satu dari beragam itu.

Ya Nabi Salam Alaika Ya Rosuul salam alaika Ya Habiib salam alaika Sholawatulloh alaika.

Dalam Al Qur'an Allah swt. berfirman: "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya". (Al Qur'an S. Al-Ahzab ayat 56)

Nabi Muhammad saw. bersabda: "Bershalawatlah kamu kepadaku, karena shalawat itu menjadi zakat penghening jiwa pembersih dosa bagimu". (Diriwayatkan oleh Ibnu Murdawaih).

Dari Abu Hurairah ra. diberitakan Nabi Muhammad saw. bersabda: "Janganlah kamu menjadikan rumah-rumahmu sebagai kubur dan menjadikan kuburku sebagai persidangan hari raya. Bershalawatlah kepadaku, karena shalawatmu sampai kepadaku dimana saja kamu berada". (HR. An-Nasai, Abu Dawud dan Ahmad serta dishahihkan oleh An-Nawawi).

teruskan berselawat selawat dan selawat...!!

Saturday, July 27, 2013

Lelaki berkopiah, Wanita berpurdah


**Sekadar ingatan bersama**
*Dont judge the book by its cover
*nobody perfect friends~ 
please, 
*jangan disebabkan kita..
ISLAM terfitnah
Nauzubillah
*Semoga hari ini lebih baik dari semalam 
:)



Lelaki,

walau kau brkopiah,

walau kau pelajar agama,
walau kau kuat ibadah sekalipun,
klu ikhtilat pun tak tahu nk jaga,
senang2 main hati dgn wanita,
Maaf ..
kau belum layak digelar seorang pejuang,
mahupun bergelar seorang suami soleh..



Wanita,
selabuh mna pun tudungmu,
walau wajahmu kau tutup dgn purdahmu,
walau kau kuat usrah sekalipun,
klu hal ikhtilat pun tak jaga,
mudah2 melayan para lelaki tnpa malu,
Maaf,
kau belum layak digelar seorang srikandi mujahidah,
mahupun seorang isteri yg solehah ..

Asas Sebuah Perkahwinan


Bismillah




Jika asas perkahwinan adalah kerana HARTA,
maka pasangan bakal bercerai jika EKONOMI dalam rumah tangga merudum dan MUFLIS..

Jika asas perkahwinan adalah kerana KEPUASAN NAFSU,
maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan..

Jika asas perkahwinan kerana KECANTIKAN WAJAH dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut..

Jika asas perkahwinan kerana ANAK, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir..

Jika asas perkahwinan kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya..

Jika asas perkahwinan kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi...

Namun,

Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya...

Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya...

Thursday, July 25, 2013

Cukuplah Maut itu Sebagai Peringatan

Bismillah

Assalamu'alaikum

:)

suka sgt update hari ni
entah apa anginnya...

Malam ni terasa sayu,

tak tahu di mana hujung,
di aman pangkal,

otak seolah mencari jawapan bagi setiap persoalan hidup

hati terasa sesak,
bukan mulanya hari ini,

sayu teringat tazkirah ustaz yus malam semalam selepas tarawih dan witir di MATIN

tazkirah akan penghabisan hidup insan2 mulia disisi Allah

1) seorang ulama' (tak ingat nama)
meninggal dunia pada 15 Ramadhan-Jumaat waktu sahur ketika sedang beristighfar,
malam sebelum meninggal, beliau banyak bercerita tentang syurga

2) seorang makcik (Baling)
meningal dalam keadaan sedang bersujud
amalan: setengah jam sebelum solat, beliau telah bersiap sedia untuk solat

3) seorang pakcik (Baling)
seseorang telah mendengar dia membaca AlQuran didalam kubur

Allah........

mereka meninggalkan dunia dan menuju ke alam sana dengan penghabisan yang baik "husnul khatimah"
bagaimana pula aku?
bagaimana pula kita?

kita masih leka
sedangkan maut datang tanpa berita

ustaz pesan,
amalan kita yanga kan temankan kita di dalam kubur nanti
AlMulk

kafa Bil maut Wa'idzo

lagi isi tazkirah
Tanda kemanisan beribadah
1) bahagia walau susah
2) Mudah menangis

* Ya RABB, Lembutkan hatiku jangan keraskan



Wedding Invitation!


Bismillah

Lelaki yang kacak akan menunggu bidadari hadir bagi menemani hidupnya di dunia, 
tetapi 
lelaki soleh akan menanti wanita solehah untuk bersama menuju syurga.

Gadis yang cantik akan menunggu putera idaman bagi mengisi ruang hatinya, 
tetapi 
wanita solehah akan menanti lelaki soleh untuk menjadi imam dan membimbingnya...


in shaa Allah. Allah dh rancang yg terbaik utk kita. sabar, tunggu & sama2 perbaiki diri..:)

-Quoted from nadia- 

MOod: tak tahu nak explain~ 
Sabar
:D
(excited pulak)

wedding invitation utk cuti raya ni memang banyak, 

tambah terasa
bila

Rumet sy , k.izati jugak nak kawen
senior2, 
shbt2 gen52 KISAS
dan 
kawan2 Mashoor PMR'15 

Seronok melihat mereka yg bakal mengaharungi hari bahagia mereka

saya?

Tunggu
bila tiba masanya
calonnya akan muncul
harinya akan datang
ewah! 

apapun
biar semuanya setel
kerana
banyak lagi tanggungjawab yang belum selesai
doakan yang baik-baik yer 

:)

we at faiz+Azah's wedding 2012 @Pangkor

*tak sure dapat tak attend wedding diorang semua 


Wednesday, July 24, 2013

Ramadhan Kareem!

Assalamualaikum..

Salam ramadhan Kareem buat semua..
Maaf lama xupdate, 
dah masuk fasa ke-2 Ramadhan baru nak post kan? 
(bertuah betol) 
:P

semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya..

Tahun ini saya berpuasa di  Perlis.
bersama-sama jamaah MATIN..

*berbuka, dan bertarawih dengan adik-adik berjubah putih :D
senang kata biah solehahnya terasa.


plus

berprogram bersama Nisa' Negeri Perlis
seronok. 

Nisa' Quranic Circle di Masjid Alhussain Kuala Perlis a.k.a Masjid Terapung

AJK & Ahli Nisa' Negeri Perlis

insyAllah nnt gambar lain akn dikongsi di sini 

:)

semoga Allah redha

(Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar) 

“Barang siapa mendirikan puasa Ramadan dengan penuh keimanan dan kebaikan, maka akan diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu” (HR Bukhari – Muslim)

GUA.com

Tweet