Pages

Tuesday, June 18, 2013

Sihat Sebelum Sakit


Assalamualaikum..
Apa khabar sahabat2 sekalian?
Seperti biasa, harapan dari hati semoga everything is Ok, and will be ok!
(mcm skema)
J
Ok,
Nak cerita sikit....
insyaAllah,just nk update supaya blog ni tidak bersawang. (eh? )
Recap for this whole week .


Ok,
Minggu ini adalah 2 mingu terakhir sebagai seorang pelajar degree,
Dan,
mmg agak padat dengan segala macam.
Ya,
Allah sedang mengajarku sesuatu..
Erm,
Minggu ni adalah minggu pertama saya bekerja (part time),
Dan minggu ni juga saya menduduki paper pertama dan terkhir di sem ni,
Dan minggu ini saya mengalami kemalangan kecil, (tapi dengan lori besar)
Dan minggu ini juga saya perlu siapkan correction paper untuk thesis FYP,
Dan minggu ini juga saya terasa  jauh dengan DIA,L

Esiden,
Pernah esiden?
Ini esiden pertama saya,
Tak teruk pun-kata Dr. slam (Berdasarkan nama di’cop)

Erm,
Tapi, esiden untuk pertama kali ini
Sungguh memberi penangan buat diri,
Teringat segala macam tatkala berempuhan dengan lori simen tu,
Lebih malang agaknya,
Bila semua ORANG di keliling tidak mempedulikan,
Masing-masing sibuk ke destinasi sendiri,
Dalam hujan yang renyai,
Saya keseorangan di tepi jalan,
Ya Allah,
Sedih sangat perasaan itu,
Tapi ku gagah juga,
Kerana aku mahu tunjukkan bahawa perempuan ini mampu berdiri dan berdikari SENDIRI,
Masyarakat hilang cakna, penting diri,
*itu yang saya rasa, bila musibah terkena diri sendiri  kerana saya juga selalu begitu (Mungkin taguran Allah)
Lama mengambil kekuatan,
Hidupkan enjin dan teruskan perjalanan,
Dengan berteman hujan dan air mata
BASAH……………….

JIKA,
Saya MATI saat itu,
Entah apa bekalan yanga kan saya bawa untuk ke’Sana’,

Sampai di NEC,
Ku diamkan sahaja,
Tapi, bila diasak..
Ku akui jua bahawa saya esiden,
Kaki semakin membengkak,
Minyak gamat tidak mampu mehilangkan rasa sakit yang semakin sakit,
Dan malamnya,
Terus saya ke hospital.
Alhamdulillah,
Kata doctor Segalanya Ok,
Tiada apa-apa katanya,
walau sukar saya terima kata-katanya..
(tapi tsiqah jer laa kan? )
Luka kecilku dicuci,
Terima kasih Dr. dan kakak nurse baik+comel yang bertugas waktu itu diatas ke’sempoi’an mereka merawat saya,
Terima kasih tersangat banyak kepada k.ita dan k.alina sebab bawa saya ke Hospital. Maaf banyak susahkan kalian.
Yang pasti, sempatlah beberapa minit didalam unit kecemasan Hospital Tuanku Fauziah,
Huh,
Dah nama pun wad kecemasan,
Segalanya CEMAS!
Sungguhku katakan,
Hospital adalah tempat kedua yang memuhasabahkan diri selepas tanah kubur,
Sihat sebelum sakit,
Hargai setiap nikmat sebelum ia ditarik,
Sekarang,
Ku hilang nikmat solat seperti biasa,
Tidak dapat berjalan seperti biasa,
Ditambah dengan kesakitan yang sentiasa berteman,
Walau,
Ini hanyalah UJIAN KECIL bagiku jika dibandingkan dengan insan lain,
Ya Allah,
Aku terima Ujian ini sebagai kafarah bagi dosa-dosaku,
Ampunilah segala dosa-dosaku, ibu bapaku, adik-adikku sepanjang kami menumpang di bumiMu ini,
Baikkanlah pengakhiran hidup kami,
Matikanlah kami dalam ISLAM.
Jauhkanlah kami dari azab api nerakaMU.
terimalah setiap amalan kami,
permudahkanlah segala urusan kami,
Dan Redhailah setiap langkah dan denyut nadi kami..
Ameen

*banyak meminta tapi kurang amal,
Adilkah untuk Allah tunaikan segala impian?
Allah Maha pengampun,
Mohon keampunan dan carilah Allah..





No comments:

Post a Comment

GUA.com

Tweet