Pages

Monday, May 13, 2013

FATIMAH JUGA ADA CINTA (Buku: Buat Bakal Isteriku)

FATIMAH JUGA ADA CINTA (Buku: Buat Bakal Isteriku)


Suatu ketika, sedang Ali sedang duduk-duduk bersama Umar, Ali ditanya,

"Berapa umurmu sekarang ya Ali?"
"21 tahun ya Umar.." jawab Ali.
"21? Engkau sudah boleh berkahwin wahai Ali..." kata Umar memberi nasihat.
"Siapalah yang sesuai untukku yg sederhana ini wahai Umar..." Ali merendah diri.
"Siapa lagi kalau bukan Fatimah! Puteri Rasulullah s.a.w."

Inilah secebis babak yg dikutip dari kitab sirah yg dinovelkan. Mungkin ada versi yang berlainan, namun maksudnya tetap serupa. Pertemuan dua jiwa, Ali dan Fatimah, pasangan cinta keturunan mulia. Sebelum babak itu, telah lama Ali memendam rasa pada puteri Rasulullah s.a.w itu. Namun apabila mengenangkan diri yang disangkanya masih mentah, dia mendiamkan hasrat cintanya itu. Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk memadamkan perasaan cinta seperti memadamkan api yang menyala. Hati Ali runtun apabila mendengar Abu Bakar meminang Fatimah. Namun beliau kembali tenang apabila pinangan itu ditolak baik oleh Nabi yang penyayang. Hati Ali kembali risau apabila Umar pula mengaju pinangan. Namun Ali kembali tenang apabila pinangan Umar ditolak mesra Nabi yang mulia. Rupa-rupanya baginda s.a.w sudah mengetahui perasaan mereka berdua. Fatimah jua begitu, dalam diam memendam cinta kepada Ali, pemuda kekasih Nabi s.a.w.

Disingkatkan cerita, maka bersatulah dua jiwa. Kini Ali dan Fatimah adalah dua pasangan suami isteri yang sah. Pada suatu hari, mereka berbual. Fatimah berkata kepada Ali,

"Wahai suamiku yang tercinta. Maafkan aku kerana menyintai seorang pemuda sebelum menikahimu.."

Wajah Ali bertukar merah. Hatinya gundah, bercampur cemburu tanda sayang dan beristighfar panjang. Ali bertanya,

"Lalu mengapa kau memilih aku sebagai suamimu?"

Sambil tersenyum mesra, Fatimah berkata, "Kerana dikaulah pemuda itu."

Tahulah Ali bahawa mereka berkongsi perasaan yang sama. Namun ia tidak diluah dan tidak menurut rasa. Biar hanya Allah s.w.t sahaja yg tahu. Akhirnya? Mereka berdua bersatu!

Siapa yang berkata, jika ada perasaan cinta itu, usah pendamkan, luahkan biar insan itu mengerti? Sedangkan dalam kisah ini, Ali tidak perlu membeli bunga dan mengirimnya kepada Fatimah. Ali tidak perlu membaling surat ke jendela Fatimah. Ali memendam cinta itu, Fatimah juga begitu.

Allah itu Maha Tahu, kerana itu Allah s.w.t bersetuju dan mereka berdua bersatu. Indah bukan? Semoga bakal isteri sekalian mengerti bahawa cinta itu bukanlah salah. Namun, bagaimana mengurus cinta itu yang menentukan baik atau buruknya cinta itu. Saksikan, Fatimah juga ada cinta...




P/s: 
#Sejauh mana ketinggian peribadimu,itulah yang menentukan peribadinya kerana yang baik hanya untuk yang baik,begitulah sebaliknya.
#Jangan risau tentang jodohmu kerana nama 'dia' sudah tercatit di luh mahfuz seawalnya sebaris namamu,tetapi risaulah dengan peribadimu..
DAF



No comments:

Post a Comment

GUA.com

Tweet