Pages

Sunday, March 3, 2013

Muhasabah Buat Diri yang Sering Lalai

Assalamu'alaikum..
Alhamdulillah untuk segalanya..

hari berganti hari,
setiap detik pastinya berlalu..
hari ini kita diatas,
esok mungkin dibawah,
tapi,
 pastinya segala yg Allah tetapkan adalah yg terbaik buat hambanya..
Ya.
 Allah Maha Adil..
teringat kata-kata ayah pada "slot muhasabah" bersamanya tempoh hari..
" Allah Maha Adil, kita kuat tang sini, depa lemah tang situ"
ya, kita diuji begini..
mereka diuji begitu..
Ujian untuk mematangkan bukan sesekali untuk melemahkan.
pesan seorang senior kpd saya..


"Ya ayyuhallazi na aamanu,
Intan'surullah,
ha wa yan'surkum,
wa yusabbit aqdaamakum"
Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,
Wahai orang yang beriman!
Jika kamu menolong agama Allah,
nescaya Dia akan menolong kamu, 
dan akan meneguhkan kedudukan kamu.


Ikutlah flow hidup yang Allah tetapkan,
kerana sehebat manapun kita merancang,
Hebat lagi rancangan Allah..
Allah Maha Tahu.

Setiap apa yg terjadi ada hikmah,
mungkin melalui ujian itu..
Allah ingin kita belajar sesuatu daripadanya..
Ujian tanda sayang,
Ujian untuk menguatkan.
seringkali hati diuji..
sebabnya Allah tahu,
hati insan ini tidak sekeras mana..
lalu, didatangkan ujian demi ujian untuk meneguhkan hatinya..

Ya, semua diuji..
semua ada masalah..
bak kata kak faridah.
" sabarlah dengan ujian Allah sementara kita nak lepas satu-satu ujian tu saja..lepas tu insyaAllah semuanya akan ok" -lebih kurang begitu
bukan semua mampu memahami hati kita,
bukan semua boleh selesaikan masalah kita,
dan bukan kepada semua kita mampu luahkan.

Alhamdulillah..
Allah masih beri kesedaran..
dan jangan nafikan salah kita.
salah kita yang banyak lagho,
salah kita yang jauh dariNYA
bagaimana inginkan hubungan yang baik dgn manusia sedangkan hubungannya dengan Allah tidak sebegitu baik..
bila kita jaga hubungan kita dengan Allah,
Allah akan jaga hubungan kita denga manusia.
TEPAT!

Allah..
aku banyak salah,
banyak dosa..
tapi,nikmatMU terlalu melimpah kepadaku..
terima kasih ya Allah..
NikmatMU terlalu banyak..
tsabatkanlah diri ini..
selamatkanlah hati ini..

ameen

SARAH JANGAN JATUH LAGI! CUKUP LAH SETAKAT INI..YA RABB, KUATKAN AKU..T.T

No comments:

Post a Comment

GUA.com

Tweet