Pages

Monday, March 4, 2013

Kaya Vs Senang

Assalamu'alaikum..


Bila tengok gambar ni..
teringat kata ayah disaat saya beria-ria menceritakan seorang muslim berjaya dimata saya..
saya ceritakan pada ayah dan mak..
dia seorang yang baik,
kaya,
punya masa depan..
masih muda,
kerjaya yang kukuh..
keluarga yang bahagia..
dan pandai buat duit..

ayah tanyakan umurnya.
jawab saya: dia 32thun.
sambung cerita lagi dan lagi..
dan kemudian..

ayah berkata dengan 'cool'nya..
"kakak, ayah tak mau kaya, ayah hanya ingin senang.."
terdiam saya saat itu.
dan berfikir semalaman akan kata-kata ayah..

ya,
apa guna kata jika tidak senang,
apa guna harta, jawatan dan duit jika hati tidak bahagia..
dan apapun bersyukurlah akan apa yang ada.
kerana dengan syukur maka cukuplah segalanya untuk kita..
Ajaib bukan?

Alhamdulillah dengan segala nikmatMU ya Rabb~

:)





No comments:

Post a Comment

GUA.com

Tweet