Pages

Wednesday, November 14, 2012

Maghrib 1 Muharram 1434 H



Assalamu'alaikum..
Alhamdulillah..

*Alhamdulillah,
dapat bersama2 mengaminkan doa akhir tahun 1433 dan awal tahun 1434 bersama2 keluarga..

Maghrib tadi telah masuknya kita ke tahun baru.
Maghrib tadi bukan seperti Maghrib biasa,
yang biasanya hanya menunjukkan perubahan tarikh angka Hijri. 
Tapi, 
Maghrib tadi menandakan kita melangkah selangkah ke tahun baru,
dari 1433 H ke 1434 H..
mungkin itu hanya satu angka..
yang menunjukkan kita bergerak setiap dari satu tahun ke tahun yang lain..
(itu hanya mungkin)
tapi, mungkin juga ini boleh menjadi angka yang terbaik utk kita reflect diri sendiri..
sejauh mana kita menghargai setiap detik nafas yang Allah kurniakan..
sejauh mana amal kita,
sebanyak mana dosa dan pahala kita,
bagaimana amal kita,
hutang juga tidak terkecuali,
bagaimana pula mu'amalah kita bersama keluarga, sahabat, kawan dan saudara seislam kita,
dan bagaimana HATI kita,
biar hitung sejujurnya..
sebelum segalanya dihitung oleh Allah kelak.

Sungguh,
tiada yang dapat mengagak kapan bila kita bakal dijemput kembali kepada Pencipta.
kapan bila kita akan dipakaikan dengan pakaian kapan berselimut putih.
kapan bila talkin akan dibacakan buat kita.
mungkin semua tahu akan tarikh kelahiran kita,
tapi, tiada siapa yang mengagak akan tarikh kematian kita,
jika ditanya...
mungkin ramai (mungkin juga termasuk saya!) menolak dgn pelbagai alasan..
"aku xbanyak amal lagi"
"aku penuh dosa"
"aku xpuas hidup lagi"
"aku TAKUT!"
tiada siapa yang tahu akan tarikh kematian kita,
bacalah dgn nama Tuhanmu akan ayat2 Al-Furqan yang didalamnya tersingkap azab siksanya neraka dan nikmatnya syurga.
~ rujuk surah Alwaqiah,jika dihayati dgn hati egomu pasti jatuh, dan matamu pasti basah.
Bagaiman nasib kita disana..
membawa HATI yang kotor,
amal yang kurang,
dosa yang bertimbun tanpa taubat..
amanah yang belum sempat diselesaikan.
hutang yang masih berbaki..

Allah,
amanahku berat,
HATIku kotor,
hutangku banyak..
amalku kurang..
bagaimana aku akan bersama dgn MU disyurga kelak..

Ya Rabb, 
permudahkan segala urusan ku untuk selesaikan segalanya sebelum mataku terpejam buat selamanya..
ya..aku perlu Mati di alam fana ini, 
untuk bertemuMU di alam Baqa'..
ampuni segala dosaku dan dosa-dosa mereka yang aku sayang.
kuatkanlah kami...

Abu Hurairah r.a berkata:
"setiap kali datangnya tahun baru, membuat aku risau kerana semakin singkat umurku , semakin dekatnya ajalku, semakin tipisnya waktu pengampunan Allah terhadapku, semakin dekatnya hari penghitunganku "



No comments:

Post a Comment

GUA.com

Tweet