Pages

Wednesday, November 28, 2012

Hijratur Rasul by USTAZ BUDAK

Assalamu'alaikum..

SYEIKH DR. ABD LATIFF SOLEH AL-FAR FOUR AL-HASANI

Tarikh: 28 Nov 2012

Tempat: Surau Taman Jali, Kangar.

Penceramah: Ustaz Budak,Klate


ANTARA YG MENARIK 

1. Kita jangan duk rasa hebat sangat gak. Kalau kita rasa hebat, ingat balik semua benda atas muka dunia ni pinjaman dari Allah jah belaka. Harta, tanah, kereta, motor, rumah, duit. Bahkan diri kita sendiri pun milik Allah hatta lubang hidung yang kita sendiri pun tak tahu lagu mana bentuknya kalau takdok ce
rmin untuk tengok.

2. Ada 3 nikmat besar yang Allah bagi pada kita iaitu nikmat iman, islam dan yg plaing besar adalah menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w. Hebat tak hebatnya nabi kita ni, tika Nabi Adam dicipta dan masuk ke syurga baginda melihat ada kalimah syahadatain yang tertulis di syurga 'Lailahaillallah wa muhammadurrasulullah'. Nabi Adam tanya siapa itu Muhammad. Jawab Allah: Nama itulah yang menjadi penyebab Aku menciptakan dunia dan seluruh isinya. Hebatnya Nabi Muhammad, jasadnya masih belum ada, namanya sudah Allah sediakan. Beruntunglah kita menjadi umat akhir zaman yang akan dihisab terlebih dahulu berbanding yang lain.

3. Bila rasa saja nak buat dosa dan maksiat, balik rumah bukak api dapur gas, cer try duduk 5 minit saja atas api tu. Kalau rasa boleh tahan tu, silakanlah buat kerja2 maksiat tu. Tentu api neraka pun kita boleh tahan panas agaknya.

4. Awaluddin ma'rifatullah. Awal agama adalah mengenal Allah. Jika kita beribadah tanpa mengenal Allah seolah-olah kita syirik akan Allah. Sebab aqidah kita rapuh dan goyah. Kita buat ibadah tapi kita tak khusyuk dan asyik teringatkan benda lain. Contoh, kita solat asyik nak cepat saja kononnya sibuk nak ke tempat kerja atau kelas kerana takut rezeki lari dan sebagainya, jadi kita seolah-olah percaya bahawa rezeki ada pada makhluk lain selain dari Allah. Contoh lain, kita takut untuk memberi sedekah kerana bimbang duit tak cukup untuk kegunaan keesokan hari dan digunakan pada jalan yg salah.

5. Lebih baik manusia yg umurnya pendek tapi bertakwa pada Allah daripada manusia yg umur panjang tapi sejahat-jahatnya dan tiada takwa pada Allah.

6. Manusia itu digelar sombong pada Allah pabila rumahnya begitu dekat dengan tempat-tempat mengajar ilmu agama tapi tidak mahu mendekati dan mendengar.

7.Manusia itu bodoh dan rugi pabila umurnya sudah mencecah 40 tahun tapi masih tiada amalan untuk bekalan di akhirat. Masih tidak betul bacaan fatihahnya, tidak reti solatnya, tidak reti mengaji al-qurannya, masih tiada ilmu agama di dadanya. Jika begini, bersiap-siaplah untuk menyediakan rumah di neraka Allah.

8. Apa yang hebat pada kemasyhuran dan kehebatan dunia jikalau pabila kita mati hanya 3 helai kain kapan putih untuk jenazah lelaki dan 5 helai kain kapan untuk wanita yang menjadi peneman di kubur. Kalau dah hebat sangat, sumbatlah sekali kereta berjenama, rumah banglo, pangkat berlapis-lapis, duit berjuta-juta dalam kubur tu sekali. Tak leh jugak kan?


9. Hijrah dalam islam ada 2
:::1st : ke Taif (Tapi, masyarakat Taif tidak terima dakwah nabi sehinggakan Nabi dipukul, dilempar batu sehingga Nabi Menangis dan berdoa supaya masyarakat Taif diberi Hidayah.
:::2nd : Ke Madinah (Baginda Nabi disambut oleh kaum Ansar) 
hijrah nabi bermula pada hari isnin dari Mekah dan berakhir pada isnin minggu seterusnya (1minggu) 
+Isnin..
1)Hari Nabi dilahirkan
2)Hari kewafatan Nabi
3)Hari Nabi dilantik sebagai Rasul.

10. Bala paling besar: Allah tutup pintu hati sehingga kita xpenah fikir tentang akhirat (Na'uzubillah)

11. syirik: kegelapan hati paling besar.

12. Dari Syed Hawa dalam kitabnya Tazkiyatul Anfus:
+ Tanda kematian su'ul Khatimah:-
1) Panjang angan-angan (tidak ingat mati)
2) Hati kasih pada dunia, takut mati
* kita tidak akan terlepas dari penyakit cintakan dunia

13. Umat kedua terbesar selepas umat Nabi Muhammad adalah Umat Nabi Musa, mereka dikurniakan dgn umur yg panjang sehingga 700thun , (minimum umur 300thun)
diceritakan; salah seorang umat Nabi Musa bertanya kepada Nabi Musa (minta Baginda bertanyakan kepada Allah melalui doa Baginda) dia bertanya , dia akan duduk disyurga yang mana satu? Baginda berdoa~ dan Allah jawab~ Allah tidak terima walau 1 rakaat pun amalnya..
antara sebabnya adalah syirik pada Allah. Bila syirik Allah tidak akan menerima segala amalan.

14. Awaluddin ma'rifatullah. Awal agama adalah mengenal Allah. Tapi di Malaysia, anak-anak diajar ibadah dahulu sebelum menenal Allah. (itu silapnya) Sedangkan tujuan utama Nabi berhijrah adalah untuk mengukuhkan aqidah sahabat-sahabat supaya tidak syirik pada Allah & memandu manusia agar takutkan Allah. 


source: K.wahidah+edited by sarah

Allahu'alam.
*sedikit perkongsian , moga bermakna, bermanfaat dan diredhai.
*nnt if sempat insyaAllah saya akan kongsikan kuliah Hijratur Rasul by Fadhilah Ash-Sheikh Ahmad Mamdouh Sa'ad [Ahli Majlis Tertinggi Fatwa Mesir] di MATIN pada 27 Nov 2012.




No comments:

Post a Comment

GUA.com

Tweet