Pages

Monday, October 22, 2012

Tips Hafal Alquran

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Cara mudah untuk menghafaz al-Quran mengikut Syeikh Dr. Abdul Muhsin Muhammad Al-Qasim Hafizhahullah, Imam Masjid nabawi:

1. Baca ayat pertama sebanyak 20 kali.
2. Baca ayat kedua sebanyak 20 kali.
3. Baca ayat ketiga sebanyak 20 kali.
4. Baca ayat keempat sebanyak 20 kali
5. Keempat ayat di atas dari awal hingga akhir digabungkan dan dibaca ulang sebanyak 20 kali.
6. Baca ayat kelima sebanyak 20 kali.
7. Baca ayat keenam sebanyak 20 kali.
8. Baca ayat ketujuh sebanyak 20 kali.
9. Baca ayat kelapan sebanyak 20 kali.
10. Keempat ayat (ayat 5-8) di atas dari awal hingga akhir digabungkan dan dibaca ulang sebanyak 20 kali.
11. Bacalah ayat pertama hingga ayat ke 8 sebanyak 20 kali untuk memantapkan hafalannya.
Demikian seterusnya pada setiap surah hingga selesai menghafazkan seluruh surah dalam Al-Quran. Jangan sampai kamu menghafaz dalam sehari lebih dari seperlapan (1/8) juz, kerana itu akan menyebabkan hafalanmu bertambah berat sehingga kamu tidak mampu menghafalnya.

credit to : FB Saufy Jauhary


# sama-sama kita amalkan,

Alhamdulillah..

semalam sempat berusrah berkenaan perancangan selepas bergraduasi... (setahun lg insyaAllah)
katanya membuatkan saya terfikir,
*lebih kurang begini..

'kita selalu akan fikirkan persediaan untuk keselesaan ibubapa kita, pasangan kita, keluarga kita dan dsb, tetapi bagaimana pula dgn keselesaan kita dan mereka diakhirat.'


perlu untuk tahu: dgn menjadi seorang huffaz.kita sudah dapat selamatkan org2 yg kita sayang kerana seorang huffaz dapat memberi syafaat.


dan teringat pula kpd seorang sahabat saya..
sungguh saya tidak kenal sgt akn beliau..
tp, dia secara tidak langsung byk membuka minda saya..

dia seorang huffaz.

saya tnyakan padanya.

*lebih kurang begini..sbb dialog ini sudah hampir 4tahun lepas,time kecik2 lg..

saya: kenapa berminat untuk menghafal Al-Quran?
dia: sebab saya bg syafaat kepada ibubapa saya.

Allah..
sungguh, saya sgt tersentuh..
terfikir..
apa perancangan diriku pula untuk membahagiakan org2 yg saya sayang di akhirat nnt..

jadi apa perancangan dan tindakan kita untuk membahagiakan mereka di dunia dan akhirat?





'Jangan bawa bekal kosong'


No comments:

Post a Comment

GUA.com

Tweet