Pages

Tuesday, October 30, 2012

Bagaimana ingin Fokus?



Assalamu'alaikum..
ingin dikongsi disini cara untuk fokus dalam kelas or kuliah.... :)

source : http://warkahsiber.blogspot.com/2012/05/10-cara-hebat-untuk-fokus-di-dalam.html

1. Set Niat:
     Apabila anda mula berniat untuk fokus dalam kelas, niat anda didengari oleh 2 pihak. Yang pertama ialah Allah. Tatkala mendengari niat ikhlas untuk menumpukan perhatian dalam kelas, Insyaallah, Dia akan permudahkan segala urusan yang baik. Yang kedua ialah tubuh anda. Tubuh anda mendengar segala percakapan anda dan bertindak mengikut apa yang didengarinya. Inilah fungsi “Neuron Peptide”. Jika anda berpesan kepada tubuh untuk fokus dalam kelas, segenap anggota badan luaran dan dalaman pasti membantu anda untuk mencapai apa yang dicakapkan.

2. “Preview” Topik:
      Kelonggaran fokus lazimnya  berlaku apabila kita tidak faham tajuk yang dipelajari. Apabila mula kabur, mulalah bosan, “tension” dan hilang fokus. Solusinya, dapatkan idea awal tajuk yang bakal dipelari. Ini untuk memudahkan pemahaman ketika di dalam kelas. Apabila cepat anda faham, lebih bertambah fokus anda dalam kelas. Selain itu, apabila mudah faham, bertambahlah juga semangat dan keseronokan anda untuk terus belajar. Ini dapat memaksimakan fokus anda di dalam kelas.

3. Catat Nota:
      Mencatat nota ketika sesi pembelajaran dalam kelas membantu anda mengekalkan “flow” ataupun aliran idea yang disampaikan guru. Pelajar yang tertinggal, hilang punca aliran idea ketika pembelajaran seringkali merasa “tension” dan tidak lagi fokus dalam kelas. Pemahaman mereka ibarat berlubang-lubang. Yang ini sikit, yang itu sikit. Jadi, mencatat nota dapat mengatasi masalah ini. Pelajari teknik dan skil mencatat nota untuk menghasilkan nota yang lebih efektif.

4. Kawal Pernafasan:
      Terdapat dua teknik pernafasan iaitu teknik pernafasan aktif dan tenang. Ketika di dalam kelas, lebihkan pernafasan aktif (pernafasan beta), iaitu pernafasan yang dalam tetapi pendek. Pernafasan ini adalah pernafasan normal manusia ketika sedar. Pernafasan ini membuatkan minda berada dalam keadaan aktif. Selepas seketika, selangkan pernafasan anda dengan pernafasan tenang (pernafasan alpha), iaitu menarik nafas dalam dan panjang ke dalam diafragma (paru-paru), hembuskannya perlahan-lahan. Pernafasan alpha menghasilkan ketenangan kepada otak.

5. Postur Badan:
      Postur badan anda mempengaruhi psikologi anda. Contohnya, jika anda berbaring, pasti akan mengantuk. Jika anda berada di dalam postur bersedia, minda anda akan dipengaruhi untuk juga bersama bersedia. Jika anda berada di dalam postur orang mengantuk, minda anda juga akan menjadi mengantuk. Jadi, sentiasa tegak dan tersenyum tenang. Elakkan melakukan postur badan yang akan membuatkan minda anda mengantuk dan tidak fokus seperti menongkat dagu, menunduk kepala, duduk menggelongsor dan mata kuyu.

6. “Refresh” Visual:
      Antara punca ketegangan ketika belajar ialah ruang visual yang statik. Terlalu lama melihat sesuatu yang sama akan membuatkan anda menjadi bosan dan mata menjadi letih. Oleh yang demikian, segarkan visual anda dengan mengalihkan seketika panorama visual anda, contohnya melihat pemandangan luar. Pemandangan semulajadi terutamanya warna hijau mampu menenangkan dan menyegarkan mata anda. Selepas seketika, tumpukan kembali fokus ke arah papan hitam.

7. Gerakkan Badan:
      Lazimnya, anda duduk dan menulis untuk sesuatu mata pelajaran selama 1 hingga 1 setengah jam. Berada dalam keadaan yang sama untuk tempoh yang panjang membuatkan otot-otot menjadi tegang. Gerakkan sedikit anggota badan untuk menghilangkan ketegangan otot. Goyang kaki, tangan, lakukan senaman ringkas serta pelbagai lagi pergerakan fizikal. Selain menghilangkan ketegangan otot, pergerakan fizikal juga membantu menghantar lebih banyak darah ke otak sekaligus menghilangkan mengantuk.

8. Minum Air:
      90% kandungan otak terdiri daripada air. Ketika proses pembelajaran, neuron-neuron dan bahagian-bahagian otak beroperasi dengan aktifnya. Kesannya, otak akan kehilangan banyak air dan oksigen. Antara kesan kehilangan air dan oksigen dalam otak adalah mengantuk, letih, tidak fokus dan tidak bertenaga. Untuk mengatasi masalah ini, minum air sama ada air masak atau air bergula. Minuman ini akan membekalkan air, oksigen dan tenaga untuk otak. Otak kembali bertenaga, anda kembali fokus.

9. Cukup Tidur:
      Kurang tidur menyebabkan pelajar seringkali  mengantuk di dalam kelas. Apabila tidur tidak cukup jamnya, bermakna badan dan otak tidak mendapat rehat yang secukupnya. Kesannya, badan menjadi tidak bermaya, keletihan dan mengantuk. Hal ini menyebabkan pelajar tidak mampu fokus. Oleh yang demikian, dapatkan tidur yang cukup setiap hari. Tidur awal, tidur dengan postur yang betul serta ruang tidur anda selesa, antara petua untuk anda mendapatkan tidur yang merehatkan.

10. Teknik Herotan: 
     Hilang fokus juga dikaitkan dengan proses pembelajaran dan pengajaran yang membosankan. Kembalikan keceriaan dengan Teknik Herotan. Teknik ini adalah antara teknik menghilangkan stress mengikut kaedah NLP, iaitu mengherotkan realiti, cuma diolah sedikit untuk sesi pembelajaran. Herotkan data anda daripada realiti seperti menukar teks kepada lukisan lucu, cerita lucu dan tulisan lucu. Selain itu, herotkan juga guru anda dengan membayangkan dia mempunyai telinga Mickey Mouse, suara Donald Duck dan berbentuk seperti Patrick. Sedikit keceriaan akan mengembalikan fokus anda. Cubalah!


Monday, October 22, 2012

Nk BAKAL ZAUJAH(isteri) yg macam mana??

Assalamu'alaikum...

sharing yg agak menarik,
 especially for muslimin laa..

Copy paste sokmo :

AKHIRNYA!! akak usrah membuat tembakan soalan :)

akak usrah : rahmat :).. enta nk BAKAL ZAUJAH(isteri) y macam mana?? y sopan?? y aktif?? y garang?? y cantik?? y manis?? janda?? muda?? tua??

rahmat : hahahahahahahahahahahhaahah

akak usrah : nape?? jawabla :)

rahmat : akak :).. nape ana nk memilih ??

akak usrah : kena la.. bawu kita hidup senang

rahmat : jom kita lihat SIRAH nubuwwah(kenabian).. apa hikmah rasulullah berpoligami ??

akak usrah : what??

rahmat : hah.. Allah ngah ajar ana n mgkin ummat muhammad yang>>> rasulullah berkahwin dengan pelbagai jenis muslimah.. means allah ngah tutp mulut hambanya yang mgkin akn BERALASAN untuk bercerai.. ngan alasan SELEPAS BERSAMA DIAA.. BARU SAYA SEDAR SAYA X SESUAI NGAN DIA...BLA222

rahmat : DAN .. bermaksud :) rasullullah x memilih isteri nya dari segi karakter dan luaran(betulkan ana jika salah)..

akak usrah : ehhhhhhhh

rahmat : jap2..

SITI KHADIJAH = JANDA
Saudah binti Zam’ah= JANDA
Hafsah binti Umar = JANDA
Zainab bt. Khuzaimah = JANDA
Ummu Habibah, = JANDA
Shafiyah binti Huyay = JANDA
Maimunah binti Al-Harits= JANDA

SITI AISYAH = ANAK DARA

NENGOK ?? x kisah la anak dara or janda :).. bahkan isteri y janda d kahwini untuk dipelihara

SITI KHADIJAH =HARTAWAN
Mariyah Al-Qibtiyah= HAMBA

NENGOK ?? x kisah la kaya atau tidak :)

Saudah binti Zam’ah= GEMUK DAN UZUR
Shafiyah binti Huyay= CANTIK SANGAT

NENGOK ?? x kisah la cantik atau tidak :)

Aisyah bt. Abu Bakar = periang dan kuat cemburu.. comel kn??
KhadijahAl-Khuwailid= sopan santun.. pun comel kn??

nengok?? ada y aktif DAN ada y sopan :)

konklusinya akak :) NABI MENGISYARAT KAN.. y penting IMAN.. x kisah la jenis AKTIF... Jenis SOPAN .. jenis bersukan.. jenis memasak..

YANG PENTING MEREKA SOLEHAH ^^



@copied from Fb mohamad zulqurnain::



special post buat Mak dan ayah..

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah..
sekarang agak release..
terasa nikmatnya berada dirumah..
* yep..recentny, agak jarang dirumah...
bermacam agenda perlu diselesaikan diluar..

Alhamdulillah..
so, far segalanya berjalan lancar..
dipermudahkan..
doakan smg sy terus kuat dalam mengharungi jalan ini..
semoga saya dan sahabat2 terus istiqamah dan ikhlas di medan ini.

Alhamdulillah..
saya rasa kuat..
sbb saya tahu ada insan yg sentiasa doakan saya..
MAK dan AYAH
(tp,saya rapat dgn mak lg..^^)
insan yang menjadi sumber kekuatan saya adalah MAK..
if ada kedit,
hari-hari mesej..
xpun kol..
minta doa~

pernah waktu sy sgt rasa down,penat,letih untuk bergerak..
mak lah tempat saya mengadu..
mak pesan:

" letih rehat la dulu. macam tu ujian. sabaq la banyak2. nak dapat segulung ijazah bukanlah mudah. mak hny mampu berdoa. semoga kak kuat semangat dan tabah menempuh segala halangan dan rintangan..semoga kak beroleh keberkatan dan kejayaan yang lebih cemerlang dunia akhirat..amiin"

*bila sy down, saya baca msg ni.."

diakhir perbualan saya akan minta doa MAK untuk saya.
mak ckp...

" mak selalu doakan kakak sejak dari dalam perut lagi"

Allah..

berilah kekuatan padaku untuk aku berbakti kepada kedua insan Mulia ini..
dan berilah kekuatan kepada aku untuk membalas segalanya selagi aku dan mereka masih bernyawa..
dan masukkanlah kami kedalam jannahMU..

Mak, ayah..
kakak sayang mak ayah sgt2..
kakak sentiasa doakan mak dan ayah..
semoga kita tabah..
sungguh ujian ini membuatkan kita lebih bahagia sebenarnya..
kan mak ayah?

:)

Doa Agar Keluarga Mendapat Keampunan


Bismillah..
 YA Allah..ampunilah kami,
 Bahagiakanlah kami hingga ke JannahMU..
Alhamdulillah dengan nikmatMU..
redhailah setiap langkah kami..
:: bermohon dengan harap..



Tips Hafal Alquran

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Cara mudah untuk menghafaz al-Quran mengikut Syeikh Dr. Abdul Muhsin Muhammad Al-Qasim Hafizhahullah, Imam Masjid nabawi:

1. Baca ayat pertama sebanyak 20 kali.
2. Baca ayat kedua sebanyak 20 kali.
3. Baca ayat ketiga sebanyak 20 kali.
4. Baca ayat keempat sebanyak 20 kali
5. Keempat ayat di atas dari awal hingga akhir digabungkan dan dibaca ulang sebanyak 20 kali.
6. Baca ayat kelima sebanyak 20 kali.
7. Baca ayat keenam sebanyak 20 kali.
8. Baca ayat ketujuh sebanyak 20 kali.
9. Baca ayat kelapan sebanyak 20 kali.
10. Keempat ayat (ayat 5-8) di atas dari awal hingga akhir digabungkan dan dibaca ulang sebanyak 20 kali.
11. Bacalah ayat pertama hingga ayat ke 8 sebanyak 20 kali untuk memantapkan hafalannya.
Demikian seterusnya pada setiap surah hingga selesai menghafazkan seluruh surah dalam Al-Quran. Jangan sampai kamu menghafaz dalam sehari lebih dari seperlapan (1/8) juz, kerana itu akan menyebabkan hafalanmu bertambah berat sehingga kamu tidak mampu menghafalnya.

credit to : FB Saufy Jauhary


# sama-sama kita amalkan,

Alhamdulillah..

semalam sempat berusrah berkenaan perancangan selepas bergraduasi... (setahun lg insyaAllah)
katanya membuatkan saya terfikir,
*lebih kurang begini..

'kita selalu akan fikirkan persediaan untuk keselesaan ibubapa kita, pasangan kita, keluarga kita dan dsb, tetapi bagaimana pula dgn keselesaan kita dan mereka diakhirat.'


perlu untuk tahu: dgn menjadi seorang huffaz.kita sudah dapat selamatkan org2 yg kita sayang kerana seorang huffaz dapat memberi syafaat.


dan teringat pula kpd seorang sahabat saya..
sungguh saya tidak kenal sgt akn beliau..
tp, dia secara tidak langsung byk membuka minda saya..

dia seorang huffaz.

saya tnyakan padanya.

*lebih kurang begini..sbb dialog ini sudah hampir 4tahun lepas,time kecik2 lg..

saya: kenapa berminat untuk menghafal Al-Quran?
dia: sebab saya bg syafaat kepada ibubapa saya.

Allah..
sungguh, saya sgt tersentuh..
terfikir..
apa perancangan diriku pula untuk membahagiakan org2 yg saya sayang di akhirat nnt..

jadi apa perancangan dan tindakan kita untuk membahagiakan mereka di dunia dan akhirat?





'Jangan bawa bekal kosong'


Tuesday, October 16, 2012

1 Happy family @ home :)


Assalamu'alaikum..

~YA Allah,bahagiakanlah kami hingga ke jannahMU



rindu insan ini..mak~

ayah~


rumah...

both my HEROes (adik mie n abang mie) + me!
n also K.cik and  K.yang..




1 happy family at home!

:)

Alhamdulillah dgn segala nikmatMu Ya Rabb~

Sunday, October 7, 2012

Di celah peta hidup

Assalamu'alaikum...

di celah kekalutan hidup..
hati terasa sepi..
dirinya pohon diisi..
saat itu.
tawanya ada,tapi rasanya kurang..
tangisnya ada,rasanya lebih..

saya inginkan kekuatan..
mana mungkin saya hidup jauh dari MAHA KUAT..

YA Allah,
sungguh,
segalanya kusandarkan kepadaMU..
dan ku serahkan diri ini padaMU..
Engkau pemilik diriku lebih dari ibubapaku..
Engkau pengatur jalan hidupku..
mana mungkin aku akan lari dari MU. Ya ALLAH

Bantu kami.

#Teguran halus dari DIA: Bila Allah buka hijab,baru kusedari banyak salah diri..
Ampunkan dosaku~


Monday, October 1, 2012

Jiwang siket :P

CINTA: Bila aku bercakap mengenainya, bukan menunjukkan aku jiwang...Tetapi ia merupakan Satu FITRAH yang ada pada setiap manusia...

LUAHAN HATI: Bila aku berbincang mengenainya, jangan anggap aku lemah kerana hati perempuan sememangnya lembut untuk difahami...

PERJUANGAN: Bila aku sebut tentangnya, baru engkau pandang tinggi padaku...Tapi, bukan itu yang aku mahu, kerana aku ikhlas untuk memperjuangkan Islam di muka bumi hanya kerana Allah, bukan kerana perhatian yg kau berikan terhadapku...

JODOH DAN PERTEMUAN: Bila aku bangkitkan hal ini, jangan anggap aku terburu2, malah ianya hanya untuk persiapan yang aku inginkan untuk melahirkan generasi2 yang berjuang di jalan ALLAH... (✿◠‿◠)

Ciri Sahabat Yang Baik

Ciri Sahabat Yang Baik :-


1-Membetulkan kita apabila kita melakukan kesalahan baik kepada Allah ataupun sesama manusia.



2-Berdoa untuk kita samada doa itu diberitahu kepada kita ataupun secara rahsia.



3-Tidak melondehkan dan menelanjangkan aib sahabatnya di depan orang ramai.



4-Selalu berusaha mendahului dalam memberi kebaikan kepada kita tanpa berharap kita membalasnya.



*Kalau berjumpa sahabat begini, cepat-cepat pegang tangannya dan cakap, "Saya sayang awak kerana Allah." Jangan lepaskannya kerana dialah minyak wangi dalam perjalanan hidup kita...

copied from sahabat~


Bagaimanakah menjadikan kerja satu Ibadah..


 (MUST READ)

Menurut Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin, setiap tindak-tanduk seharian kita boleh menjadi ibadah jika menepati lima syarat:

1.Niat mesti betul:
 Rasulullah bersabda yang bermaksud: ‘ segala amal yang dilakukan bergantung kepada niat dan sesuatu amalan itu diterima Allah berdasarkan apa yangdiniatkan.’ (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

2.Pelaksanaan mesti mengikut syariat

3.Natijah atau hasil kerja itu digunakan pada jalan yang betul.

4. Perkerjaan itu sah di sisi syariat.

5. Tidak meninggalkan perkara asas yang lebih penting seperti solat wajib dan taat kepada ibubapa.

Sumber: Solusi (xingat bilangan ke berapa)


GUA.com

Tweet