Pages

Wednesday, August 22, 2012

Ujub, Riak dan Takabbur

Assalamu'alaikum..

ok,update lagi..
:)

Ujub riak dan takabbur-credit to
http://atikaahmadiah.blogspot.com/

Gambar diatas adalah doa untuk dijauhi sifat ujub,riak dan takabbur..
JOm sama2 amalkan..
ok,
sebenarnya apa yg dimaksudkan dgn Ujub, Riak dan Takabbur.?
penyakit hati 3serangkai yang sering melanda muslim tanpa sedar!
 (saya juga tidak terkecuali)
jom,saya 'highlight' kan maksud mudah yg senang nk faham

i) Ujub : menganggap dan merasakan dirinya lebih daripada orang lain.bangga akan diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri kerana kelebihan atau sesuatu yang terdapat padanya. 
contoh:membanggakan dirinya lebih berilmu, lebih banyak ibadah dan sebagainya. 
Tanpa bimbangkan kehilangan perkara-perkara tersebut dan melupai yang ianya pemberian dari Allah swt kepadanya. 
*Ujub:punca kepada sifat takabbur.


ii) Riak: Menunjuk-nunjuk depan orang.sifatnya berlawanan dengan ikhlas. tidak ikhlas menunaikan ibadat atau melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan yang setimpal.


"Yang paling takuti aku atas kalian adalah syirik kecil” Para sahabat bertanya, “wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu?” Baginda menjawab, “Riak” (HR Ahmad).


iii)  Takabbur: sombong.  rasa tinggi diri berbanding dengan orang lain.memandang orang lain lebih hina daripada kita dan lebih rendah kedudukannya.

"Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan dirinya dari menyembahKu, mereka itu akan masuk neraka Jahannam dengan menderita kehinaan." (Surah Al-Mu'min: 60)

Hadis:
"Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari sifat kesombongan."

Ibnu Mas'ud ada berkata: Kebinasaan itu berpunca daripada dua perkara – pertama, putus asa dari rahmat dan kurnia Allah swt, kedua, merasakan diri lebih daripada orang lain lalu memandang lekeh kepadanya.
Firma Alllah swt,

Bermegah-megah telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur. [Surah Al-Takathur:1-2]



  *moral: sesungguhnya ketiga-tiga sifat diatas (Ujub ,Riak dan Takabbur) adalah tergolong dalam     penyakit hati yang perlu dielakkan.
Bukankah kita hanya punya satu HATI? peliharalah ia semoleknya.
astaghfirullah...Ya Allah,ampunkan segala dosa kami~

credit to:-
i) http://coltoras1959.blogspot.com/2012/03/tajuk-267-takbur-riak-ujub-dan-sumah.html
ii)  http://www.klinikmotivasi.com/blog/maksud-riak-yang-orang-selalu-salah-faham/
ii) http://nsdahliashahinan.blogspot.com/2011/07/jangan-takbur-boleh-tak.html

Thanks.

No comments:

Post a Comment

GUA.com

Tweet