Pages

Monday, August 27, 2012

Kuliyyah Maghrib Ustaz Hj Zakaria bin Hj Ahmad

Kuliyyah Maghrib
Ustaz Hj Zakaria bin Hj Ahmad
09 Jun 2012 (Sabtu)
Masjid MATIN, Abi Padang Machang, Perlis.

1.
Dari Ibn Umar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya hati itu berkarat sebagaimana besi berkarat jika terkena air.”
Tanya sahabat: “Ya Rasulullah, apakah pembersihnya?
Sabda baginda: “Banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”
(HR Al-Baihaqi)

  • Dosa yang banyak dan kelalaian daripada mengingati ALLAH akan menyebabkan hati berkarat sebagaimana besi yang akan berkarat apabila terkena air.
  • Hati seumpama sebuah cermin, sebanyak mana hati kabur maka sebanyak itulah kurangnya pantulan cahaya makrifat. Sebanyak mana hati itu bersih dan jernih maka sebanyak itulah pantulan cahaya makrifat akan jelas dan nyata pada hati itu.
  • Hati ini adalah segala2nya. Kerana hati, kita boleh berfikir, kerana hati kita boleh melihat, kerana hati kita boleh melakukan tindakan, kerana hati jugalah pelbagai sifat dan kelakuan akan terbentuk. Jika hati bersih, maka semua itu akan menjadi baik, jika hati kotor, maka sudah tentu semua itu akan menjadi tidak baik. Hati akan terjaga jika selalu dibersih dan dikawal dengan rapi.
  • Perjalanan hidup ini hanya ada 4 alam: Alam rahim, alam dunia, alam kubur dan alam kiamat. Hidup hanya destinasi persinggahan dan untuk mencari bekal. Beramallah kamu di tempat yang tiada balasan sebelum pergi di tempat yang tiada amal tetapi ada balasan.
  • Bingkisan kepentingan al-Quran: Kita ini kalau diberi surat dari orang yang tulis dalam bahasa Melayu, boleh baca, kalau terima surat dari orang yang tulis dalam Bahasa Inggeris, boleh baca, tapi kalau terima surat dari Allah, tidak boleh baca. Sedar x kita yang kita sedang duduk di bumi Allah, sedar x betapa hinanya kita?
  • Dua sebab mengapa orang Melayu semakin ramai yang buta dan tidak pandai membaca al-Quran:
  • Ibubapa yang tidak mengambil berat disebabkan tindakan kerajaan yang tidak mewajibkan subjek ini diletakkan dalam senarai subjek teras bagi peperiksaan utama. Kalau ia dijadikan subjek teras, sudah tentu ibubapa akan mengambil berat dan sanggup menghantar anak2nya pergi tuisyen al-quran di rumah2 ustaz2 atau ustazah2.
  • Tulisan Jawi semakin dilupakan. Dahulu tulisan ini diwujudkan antara sebab lain adalah untuk menggalakkan dan memudahkan masyarakat mendalami dan mudah memahami al-Quran.
  • Perihal tulisan jawi ini juga dikaitkan sekali tentang bahasa bangsa. Orang Melayu sepatutnya diwariskan bersama mereka Bahasa Melayu yang menggunakan tulisan jawi. Sepatutnya kita mencontohi negara2 maju yang lain yang sememangnya mengutamakan bahasa dan tulisan bangsa mereka sendiri seperti Thailand dan Jepun. Kita tidak sepatutnya menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium dan alasan bahawa bahasa ini adalah jalan kepada kemajuan. Pentingnya Bahasa Inggeris adalah kerana ilmu, bukan kerana kemajuan.
2.
Saidina Umar pernah berkata:
Kita orang Arab dimuliakan oleh Allah kerana kita berpegang kepada Islam. Sebaliknya kalau kita mencari selain dari Islam, kita akan dihina oleh Allah swt.”

  • Perjuangkan bangsa sahaja tidak akan bawa kemana kerana asas kepada mulianya sesuatu bangsa itu adalah kerana bangsa itu muliakan Islam.
  • Bangsa Arab bukan jaminan bahawa mereka adalah bangsa yang mulia sampai akhirnya. Jika mereka menolak atau pinggirkan Islam, maka Allah akan hina mereka juga. Hinanya bangsa itu bukan terletak pada kemajuan dan kemodenan tetapi terletak pada pegangan agama dan akhlaknya. Lihatlah bangsa2 Arab sekarang, dengan perang dinginnya sesama mereka sehingga tidak mampu melawan Israel yang hanya mempunyai penduduk hanya 3 juta orang. Contoh paling dekat juga adalah kepada bangsa kita sendiri, bangsa Melayu. Bila pemimpin tidak mendaulatkan Islam tetapi menggagungkan bangsa semata2, maka lihatlah kehinaan bangsa tersebut. Bangsa Melayu diambang kemunduran, semuanya no satu, pusat serenti, bilangan banduan dalam penjara, dll yg negatif.
  • Islam didahulukan, Melayu bersamanya. Bukan Melayu didahulukan, Islam mengikutnya, kerana Islam ditegakkan Melayu selamat.
  • Kata2 tok ki kita, Hang Tuah: Tidak akan hilang Melayu di dunia. Ya, tidak akan hilang, tidak akan hilang sambal belacan, tempoyak, budu dll tetapi kita bimbang ‘Adanya Melayu lagi kerana tiada Islam’. Cintakan bangsa tidak salah tetapi janganlah diletakkan sebagai asas kepada kecintaan melebihi daripada Islam itu sendiri. Janganlah kerana cintakan Melayu, Islam tergadai.
  • Kisah Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang) yang pernah dipenjarakan 2 tahun. Sewaktu beliau dipenjara, beliau banyak menghabiskan masa untuk mengkaji buku2 Islam dan al-Quran. Atas sebab itu, kita dapat lihat sekarang, peruntukan kerajaan Pulau Pinang terhadap masjid dan madrasah2 semakin meningkat sejak beralih pemerintahan pada tahun 2008. Beliau sungguh baik hati kerana beliau tahu dan faham orang yang hendak belajar agama itu baik2. Sebab itu Ustaz Hj Zakaria mendoakan kesejahteraan Lim Guan Eng sewaktu beliau menyampaikan khutbah jemputan di Pulau pinang pada Ramadhan 2011. Tetapi ia dijadikan isu dan difitnah oleh puak U… kononnya Ust Hj Zakaria mendoakan orang bukan Islam sewaktu khutbah. (Tiada menjadi kesalahan untuk mendoakan orang bukan islam jika mereka membuat baik dengan kita).
  • Di sana nanti, Allah akan nilai manusia itu melalui takwanya dan bukan pada bangsa.
  • Nabi Muhammad SAW sewaktu hayatnya pernah bertembung dengan tiga jenis manusia iaitu:
  • Abu lahab: kafir dan menentang islam sepenuhnya,
  • Abdullah Bin Ubai: Munafik (mengaku Islam secara luaran tetapi tidak di dalam hati)
  • Abi Talib: Sokong Islam walaupun diri beliau bukan seorang yang beragama Islam.
  • Situasi ini sama apa yang berlaku pada Ketua Menteri PP dimana perihal beliau sama seperti ‘Abi Talib’. Hidayah itu milik Allah dan Allah sahaja yang berhak memberinya.
  • Yusuf Islam (Dahulunya adalah Cat Stevens) pernah berkata, jika aku lihat Islam itu pada ummatnya sekarang nescaya aku sukar untuk menerima Islam itu tetapi aku jatuh cinta pada Islam itu kerana adanya al-Quran.




3.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

  • Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa Allah s.w.t Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang telah memberi peluang keemasan kepada setiap wanita yang beriman bahawa untuk memasuki Syurga-Nya yang penuh kenikmatan adalah melalui empat syarat sahaja.
  • Sedangkan seorang lelaki yang beriman ia kena melalui banyak halangan dan dugaan dan melaksanakan beberapa tanggung jawab kepada Allah s.w.t. terlebih dahulu barulah ia layak memasuki Syurga Allah s.w.t melainkan para syuhada yang syahid di jalan Allah s.w.t.
  • Wanita mudah untuk memasuki syurga tetapi ramai juga yang memasuki neraka.
  • Solat 5 waktu: Diriwayatkan dari Jabir r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Perumpamaan solah lima waktu ialah seperti seseorang yang mandi di sebatang sungai yang dalam yang mengalir di hadapan rumahnya sebanyak lima kali sehari.”(Hadis Riwayat Muslim)
  • Puasa di bulan Ramadhan: Dari Abu Hurairah r.a. bersabda Rasulullah s.a.w. maksudnya “Setiap amalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda”. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) “Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku”. “Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi.” (Hadis Riwayat Muslim )
  • Menjaga maruahnya: Wanita solehah yang menjaga maruahnya adalah wanita yang sentiasa menghiasi diri dengan akhlak Islam dan sifat-sifat terpuji yang boleh melindungi dirinya dari kemurkaan Allah s.w.t. Bila ia keluar rumah sentiasa menutup aurat dan menjaga perhiasan diri tidak bersolek berlebih-lebihan dan berwangi–wangian hingga menimbulkan fitnah, menjaga pergaulannya, menjaga lidah dan tidak mengumpat dan mengadu domba. Dia adalah wanita yang berilmu, cerdik dan pintar. Setiap hari mendalami Ilmu Islam, mengkaji tafsir Al- Quran, hadis Nabi, memahami ilmu realiti semasa dan tahu cara-cara mengubati penyakit masyarakat. Di malam hari menjadi seorang abid, membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah, sembahyang tahajjud dan berdoa kepada Allah hingga menitiskan air mata. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim)
  • Mentaati perintah suami: Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:“Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah.”(Riwayat Thabrani) Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
p/s: Penerangan, olahan + internet. Maap, lawak2 banyak tapi x pandai nak letak macam mana. X apalah, ambil isi2 sajalah. Asif atas kekurangan.
Bismillahirrahmanirrohim.. Semoga bermanfaat.. 

fwd from sahabat Ceria Pelangi..
Syukran

No comments:

Post a Comment

GUA.com

Tweet