Pages

Friday, November 11, 2011

Terapi HATI



Assalamu’alaikum..

Apa khabar hati-hati sekalian?

Harapan penuh dari hati supaya hati-hati anda dan saya sentiasa segar  dgn ruh iman dan Islam DAN sentiasa kuat untuk menempuh hari ini dan juga hari-hari mendatang..insyaAllah :) 
ameen

Saya menulis kini untuk memenuhi janji.. Masih ingat janji saya? –semestinya,tak ramai yg tahu. Jadi, sila rujuk post “hati-hati menjaga hati”.sebenarnya,tulisan ini sudah sangat lama dan berhabuk dalam peti document sy..

Maaf .mungkin agak terlewat . ini kerana saya juga sedang dan akan terus menjalani sesi terapi ini yang memerlukan mujahadah yang bukan main-main bagi  memastikan hati ini kembali ‘on track’ ke jalan lurus setelah diuji ujian hati yang sgt terasa berat.semoga dipermudahkan jalan ini. supaya Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayangnya kpd kita semua.insyaAllah..( berharap dengan sangat)

Terapi Hati
Erm..apa yg anda faham tentang terapi?(ewah..tny org pulak) Terapi merupakan kata lain bagi perkataan penawar, atau pengubat. Setiap kesakitan pasti ada penawar. Disebut dalam satu hadis


Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:
"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"

(Riwayat Muslim dan Ahmad)


Jadi, setiap kesakitan pasti ada penawar. Setiap kesakitan pastinya ada ubat khusus sebagai satu ikhtiar manusia untuk mengubati kesakitan yang tentunya hadir tanpa diundang.(ye..sapa yg mau sakit kan?) Tapi kita sendiri tanpa sedar (@separa sedar@dgn sedar) telah memberi satu ruang mudah kepada kesakitan untuk datang mengunjungi kita walau kita tahu punca dan akibat penyakit tersebut. atau dalam kata lain diri sendiri yang gatai cari penyakit
(org2 tua slalu ckp mcm nie kan?.BETUL.hehe~)

ok

Satu contoh mudah :
(Isnin) Mak:adik,jangan minum  banyak ais nanti sakit tekak.
Beberapa hari kemudian...
(Rabu) Adik:mak,awat suara adik dah jadi macam “lain” ?

Ini merupakan salah satu contoh di alam reality. ~(‘,’)~ tapi,jika di dilihat dalam konteks masalah hati ia juga tetap sama 2x5=5x2=10 jawabnya jg tentu sama bukan?(anda mesti faham,jd xperlu bercerita panjang tentang perihal sebab penyakit hati ini) Penyakit hati...ia agak kompleks,bukan mudah nak jaga hati dan bukan mudah juga nak rawat hati yang sudah berpenyakit..~pengalaman diri sendiri,derita jiwa & hati~
Memetik dari Buku Bahagiakan Hatimu terjemahan dari tokoh mahsyur dunia islam Ibnu Qayyim. saya akan cuba share sedikit sebanyak.

Buku pink~my first-aid~

Jenis-jenis hati

Huzaifah al yamani melaporkan bahawa hati ada beberapa jenis, iaitu;

1. Hati yang jernih- seolah ada lampu di dalamnya dan ia dimiliki oleh orang yang beriman.
2. Hati yang gelap- dimiliki oleh orang kafir
3. Hati yang berkarat- dimiliki oleh orang yang dalam hatinya tidak sama dengan apa yang dikatakannya. Tahu tetapi mengingkari
4. Hati yang ragu- hati yang berisi iman dan munafiq. Berkata2 tapi berlainan dengan apa yang dikatakannya, dan kedua2nya mempengaruhi antara satu sama lain.

Perkara yang merosakkan hati.

1. Pergaulan yang tidak berfaedah
2. Sentiasa angan-angan.
3. Tidak berharap kepada Allah
4. Makan terlalu banyak sehingga kenyang.
5. Banyak tidur sehingga badan jadi lemah.
6. Memandang secara berlebihan.
7. Berkata-kata secara keterlaluan.

Penawar Bagi Hati

Bagi merawat penyakit hati ni,kita perlu tahu akan jenis2 penyakit hati. Penyakit hati boleh dibahagikan kepada dua jenis.:-

1. Penyakit hati yang tak dapat dirasai. Lebih tertumpu kepada bodoh, nafsu syahwat, ragu-ragu, tidak yakin dengan halal dan haram. Ini adalah penyakit hati yang paling parah kerana mereka tidak dapat merasai dan tergolong dalam peyakit rohani.

Cara nak mengubat, adalah dirinya sendiri. Iaitu kembali ke jalan yang benar dan lurus. Dan kembali kepda Allah. Biasanya yang menghidap penyakit ini hanya akan tahu apabila disedarkan oleh orang lain.

Mengubat penyakit hati yang ini sangatlah susah dan memang memerlukan kesabaran yang tinggi.

2. Jenis yang kedua ialah yang menyebabkan emosi penghidapnya terganggu. Mudah rasa sedih, marah, susah hati dsb.

Penawarnya adalah dengan mencari punca dan menjalani terapi. Ubatan yang disediakan biasanya hanyalah mengawal atau mengurangkan penderitaan. Tetapi sekiranya si pesakit bersedia, boleh diberhentikan sepenuhnya.

Penyakit yang kedua ini sekiranya tidak dirawat akan membawa kesan yang sgt buruk. si pesakit hati tidak akan merasa ini adalah satu dosa, bahkan mereka merasakan ini perkara biasa saja. Sedangkan ini adalah salah satu kesan yang lahir dari dosa-dosa si pelaku.

Ubat apa yang mujarab??

Ubat utama yang mujarab bagi hati adalah dengan mendampingi Al Quran, kerana Al Quran menyediakan ubat yang lengkap untuk kita. Al quran meliputi kehendak umat dan al quran juga boleh menjadi terapi untuk mengurangkan nafsu. Hati yang sentiasa menerima kebenaran seperti tubuh badan yang sentiasa menerima vitamin. Dengan iman, hati akan menjadi teguh. Dengan makanan yang sihat, tubuh badan akan menjadi sihat dan kuat.
Satu lagi,ubat lain disyorkan oleh seorang sahabat saya ,adalah dengan didik hati dan diri dengan berpuasa. Dia cakap,puasalah,biarlah orang persoalkan kenapa kita selalu puasa. Tapi untuk hati,kita perlu berkorban,sebab hati yang satu itulah yang akan kita bawa sepanjang hidup kita sehingga ke SANA nanti.

” Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah bersedia untuk bernikah, maka menikahlah, sesungguhnya nikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, maka berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya.” ( Hadis )

Sahabat saya juga turut syorkan supaya perbanyakkan berdoa.sebab doa adalah kekuatan buat kita,yang juga merupkan jambatan penghubung antara kita dengan Allah.Dia berpesan supaya bergantung segalanya pada Allah dgn  meminta segalanya dari Allah.Dan jika hati kita ini berpaling dari cinta Allah,berdoalah supaya Allah hijabkan hati kita daripada pandangan dunia.


Dan pesanan terakhir dia adalah supaya lazimkan qiamullail sekurang-kurangnya seminggu sekali.kerana ini adalah detik terbaik kita berbual-bual dgn Allah,mengadulah kepadaNYA.sungguh DIA tidak akan mengecewakan.sungguh,disaat kita down,mungkin tiada siapa yg boeh dipercayakan untuk meluahkan segala isi hati.Berbaliklah kepadaNYA kerana DIA saja yang memegang hati kita & mengatahui apa yang terbaik buat kita.

Sabda Nabi s.a.w:
“Hendaklah kamu berqiamullalil. sesunguhnya qiamullail ini gaya hidup orang2 yang solih, mendekatkan kamu kepada tuhan, menghapuskan dosa2 dan menegah diri dari   maksiat.” (Hr Hakim)


Sekiranya pakaian adalah yang menutupi aurat manusia, yang menutupi aurat hati pula adalah taqwa.

"Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)"

(Al-A'raaf : 26)

"Sebaik-baik manusia adalah orang yang bertaqwa" (al Quran)

Semoga tulisan ini juga sedikit sebanyak memberi kekuatan pada diri ini untuk terus bermujahadah mengubati hati yang satu ini.
Dan semoga Allah mengampunkan dosaku,dosanya,dosamu,dan dosa kita sepanjang perjalanan di dunia yang fana.
Dan semoga Allah redha akan setiap langkah kita.
Ameen ya Rabb.





No comments:

Post a Comment

GUA.com

Tweet