Pages

Tuesday, September 6, 2011

Kehidupan


Sedikit renungan tentang KEHIDUPAN..
Kehidupan pada mata kasar bermula sejak insan dilahirkan sehingga ia dimatikan.tetapi,jgn dilupa selepas kehidupan yg fana ini akan menyusul pula sebuah kehidupan yg abadi di SANA nanti.dlm kehidupan, seseorang akan mengalami 1001 macam rencah yg mmg lain bg setiap 1 nya.itulah hakikat sebuah kehidupan yang telah ditetapkan jalannya oleh PENCIPTA bg setiap makhluk yg diciptakanNYA.
Rasulullah telah bersabda:
“Ketika di­tiupkan ruh pada anak manu­sia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetap­kan AJALnya, REZEKInya, JODOHnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”.
Dari kehidupan timbullah pengalaman, dari pengalaman timbullah pengajaran dan pengajaran itu apabila dimuhasabah akan timbullah kesedaran/keinsafan dan dari kesedaran/keinsafan itu akan membuahkan satu/banyak perubahan. Dan perubahan itu merupakan 1 turning point untuk kita kembali ke jalan lurus iaitu jalan kehidupan yang dipandu oleh Al-Quran dan Assunnah dan apabila direnung dan difikirkan itulah nikmat yang juga merupakan tarbiah yg secara tidak langsung disalurkan oleh Allah kepada hamba-hambanya. Itu tanda kasihnya Allah kepada hambaNYA. Alhamdulillah. :)
Dalam kehidupan yg ada bermacam-macam warna dan rasa ini, manusia tak dapat tidak lari dari DOSA dan SALAH . Ya, kesalahan dan kesilapan boleh berlaku - ada ampun, maaf dan taubat di situ. Namun mukmin sebenar tidak akan jatuh dalam lubang yang sama dua kali.
Dosa dengan ALLAH,dan salah dengan manusia. Kita bukan bertaraf NABI yg maksum tanpa dosa. Kita hanya insan biasa yg mmg tidak akan lepas dari DOSA dan SALAH.
X:Anda pernah berdosa?
Z:manusia xpernah lepas dari dosa dan salah..begitu juga anda dan saya..
X:dosa apa yg anda buat?
Z: byk sngt..xterhitung.
X:apa yg anda rasa bila anda berbuat dosa?
Z:hati xtenang.menyesal. menangis.
X:sebenarnya hati manusia asalnya/fitrahnya dekat dgn Allah,ia akan menjadi semakin jauh drpd Allah disebabkan maksiat yg dilakukan oleh pemiliknya...dan sedikit sebanyak akan membuatkan hati tersiksa.anda telah menyiksa hati anda tanpa anda sedari..
Z:saya tahu,mgkin sbb itu membuatkan hati saya xtenang...saya malu,malu dgn semua.saya takut akan azab Allah.saya ingin mencari redha Allah,tapi dlm saya melangkah,saya sering terjatuh dlm perangkap yg saya sendiri tak sedar.
X:bertaubat?
Z:ya,semoga Allah menerimanya..
X:Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Allah Maha pengampun,walau sebesar mana dosa yg dilakukan. Anda masih berpeluang untuk membersihkan diri dari lumpur-lumpur dosa selagi anda masih bernyawa.
“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubatlah kepadaNYA.Nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik kepadamu sehingga pada satu masa yang ditentukan.Dan Dia akan memberi balasan kepada mereka yang mempunyai keutamaan(balasan) keutamaan”
(Surah Hud,ayat 30)
Z:erm..terima kasih atas nasihat,doakan semoga saya kuat untuk hari mendatang.
“Mereka yg mempunyai penyakit hati,penawarnya adalah bertaubat selain menambahkan ketaatan kepada Allah.membersihkan hati hendaklah dengan zikir dan takwa.jika pakaian pada tubuh ialah baju maka pakaian bagi hati adalah takwa”
Taubat seornag hamba
Hati hiba mengenangkan dosa2 yang ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...

-Irsyadee Feat Hafiz Hamidun-
~peringatan buat diriku yg sering lalai..astaghfirullah
Ya Allah..deritanya bila hati xtenang..;(

No comments:

Post a Comment

GUA.com

Tweet