Pages

Thursday, June 16, 2011

Nikmat Allah..


Assalamualaikum...

Allahumma solli’ala saidina Muhammad..Wa’ala ali Muhammad~

selawat dan salam untuk Baginda Rasul

Terasa lama tak merapu disini(erm..xsampai setahun pn..)apa nk dikata tiada kudrat nak on9 bila kesihatan diri tidak mengizinkan.sejak balik dari ber jalan2 sehingga sekarang masih dalam keadaan tidak begitu sihat.tetapi,sekarang Alhamdulillah semakin baik.mungkin terlalu lama diuji dengan nikmat kesihatan yg baik,sekarang tibanya masa Allah mengujiku dgn kesakitan yg mungkin hny sedikit berbanding orang lain.mungkin jg kaffarah dosa diri.astaghfirullah.

sungguh,segalanya daripadaNYA,terima dengan redha.teringat kata2 seorang sahabat bulan lepas “biarlah bila kita meniggalkan dunia ini dalam keadaan Allah redha pada kita,dan kita redha padaNYA”.Hakikatnya dalam hidup, kita hanya ada dua shj pilihan samada hidup utk mendapatkan redha Allah atau hidup utk mendapat pujian manusia.oleh itu,sentiasa soal diri.kerana kadang2 kita mudah terjerat dgn perangkap syaitan.

Nikmat iman,kesihatan,keluarga,sahabat,airmata dan segalanya semua dari Allah.Bagi seorang muslim,dua nikmat terbesar adalah nikmat iman dan Islam.(dan bagiku mungkin ada 1 lg nikmat yg tak ternilai.Alhamdulillah,syukur tak terhingga.doaku moga diri ini terus tsabat.insyaAllah)segalanya nikmat Allah.Tidak mustahil Allah akan menariknya kembali jika kita tak pandai bersyukur dengan pemberianNYA.kerana dengan bersyukur juga dapat meningkatkan darjat seseorang hamba.Bersyukurlah jika diri diuji.Itu tanda pandangan Allah jatuh pada kita dan ia bukti jelas Allah masih sayangkan kita.kerana disebalik ujian yg tersurat,tersirat begitu banyak hikmah.kerana ujian hadir dgn pelbagai asbab.ada ujian untuk kesabaran, ada ujian untuk bersyukur, ujian untuk memberi petunjuk, ujian sebagai hukuman, ujian sebagai cubaan, ujian untuk memajukan diri dan ujian supaya mendapat pahala.muhasabah&hisab diri..itu yg terbaik.

Kali ini Allah mengujiku dgn kesakitan.pengalaman pernah beberapa hari di wad hari tu sgt2 menginsafkan.Bagiku Wad adalah tempat kedua yg menginsafkan selepas tanah pekuburan.(tambah2 lg,wad itu juga tempat terakhir arwah adikku ,syahida...YA Allah,rindu sgt,dah lama xmimpikan dia....)disana,berjumpa dengan pelbagai orang beserta ragam.kadang2,terasa nak menangis bila tengok org lain yg sakit lebih teruk,tambah2 lagi bila ahli keluarga tidak menghiraukan.insaf.mungkin itu ujian buat mereka.diri sendiri jg tidak pasti bagaimana kehidupan mendatang,mungkin Allah akan mengujiku dengan ujian yg lebih berat dari mereka.Allahu’alam.Allah sahaja yang tahu.Hanya mampu berdoa supaya Allah memberikan segala yg terbaik buat diri.jika kesakitan ini adalah yg terbaik buatku ,redha.mungkin ada hikmah disebaliknya..Alhamdulillah atas segalanya..semoga diri ini terus diberikan kekuatan hati & jasad utk hidup sbg hambaMU.ameen :)


“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

surah Ar Rahman(ayat 16)

mungkin sy tak layak utk menulis,kerana sbnrnya agak susah utk "walk the talk".tapi,selalu teringat ayat ini.

"Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya"~As saff (ayat 3)

dan sebenarnya ayat ini secara tidak langsung byk mendidik diri supaya menjadi lebih baik.kerana setiap apa yg diungkap akan diuji oleh Pencipta.


1 comment:

GUA.com

Tweet