Pages

Saturday, May 14, 2011

Pesan Imam Syafie..




10 pesanan Imam Shafie yang perlu diikuti: 
 
sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya 
serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: 
" Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka 
hendaklah ia mengamalkan 10 perkara: 
 
1. hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan 
dan berpada-pada dgn rezeki yd ada. 
 
2. Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg 
tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat 
persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH 
 
3. Hak kpd kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat 
kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org 
yg dizalimi. 
 
4. Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, 
meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. 
 
5. Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan 
kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan 
kesulitan. 
 
6. Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): 
mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman 
dan suka berjamaah. 
 
7. Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran 
takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika 
terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak. 
 
8. Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd 
qadha' ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH 
dan bertaubat dr melakukan maksiat. 
 
9. Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn 
syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat 
dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH. 
 
10. Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, 
mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci 
kemaksiatan. 
 

No comments:

Post a Comment

GUA.com

Tweet