Pages

Saturday, May 7, 2011

Hati2 menjaga HATI..

Assalam...alhamdulillah dpt tulis lg...^^

nk tulis apa??

Tulislah apa yg perlu ditulis ,bukan apa yg ingin di tulis~Cik smiLey...

persolan?

apa yang perlu ditulis?

erm..(thinking)

mungkin 1 peringatan untuk insan2(khususnya saya yang sangat mudah lupa..)

yep..memang!!

manusia mudah lupa,bukan hanya melayu..

sebab itu kita perlukan seseorang untuk mengingatkan..

ingatkan tentang apa sahaja..

termasuk no.ic or no.matrix or no.phone

or apa2 saja..(termasuk nama sedara sebelah rumah..^^)

ingatan demi ingatan..

manusia sering lupa..

usah jemu dalam mengingatkan diri..

sbb itu perlunya ingatan buat pengisian jiwa yang lalai..

sebab manusia adalah insan.

insan itu fitrahnya memang pelupa..

apa yg manusia sering lupa??

anda pernah lupa tak??.. J

Tuhan sekian Alam

~Allah~

manusia sering lupakan Allah.tanpa ingat akan kekuasaanNYA.

pernahkah hati terdetik..

kenapa aku dihidupkan?

aku hidup untuk apa..?

insan sering lupa akan tujuan dia dihidupkan

kekadang manusia lupa,tak ingat atau saja buat lupa akan hakikat sebuah kehidupan..

Q:kenapa manusia dihidupkan?

A:Tujuan manusia dihidupkan adalah untuk berperanan sebagai hamba dan khalifah-Nya. Tugas atau peranan manusia di sisi Tuhan ada dua. Pertama, sebagai hamba Allah, dan kedua, sebagai khalifah Allah di muka bumi.

Allah ada berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud: "Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepada Ku." Mengabdikan diri bermaksud memperhambakan diri iaitu membuat segala sesuatu hanya kerana Allah SWT.

Mengabdikan diri ada dua bentuk:

Pertama, sebagai hamba, manusia perlu melaksanakan ibadah-ibadah yang berbentuk khususiah.

Kedua, sebagai khalifah perlu pula menunaikan ibadah-ibadah yang berbentuk umumiah.

Tetapi,apa yang menyebabkan manusia sering lupa?

“Manusia ni bila diuji dgn dunia,tak akan lepas dgn keseronokan,& akan prtahankan keseronokan,tanpa pedulikan agama,sangup apa saja demi keseronokan!”

-ustaz Syed Nazli

(Principal of Ma'ahad Al Islami Manarut Taqwa,Balik Pulau.Penang)

Dunia dan segala isinya memainkan peranan penting sebagai agen syaitan untuk mengajak manusia kepada kesesatan yang nyata.Ini kerana syaitan telah bersumpah akan menyesatkan anak cucu adam untuk bersama-samanya di neraka.Nauzubillah..

Oleh sebab, itu tidak hairanlah jika manusia terlalu manja akan nafsu sendiri dek kerana iman@hati yang lemah/sakit itu telah berjaya didoktrin oleh syaitan dengan terlalu mengejar dunia sehingga terlepas pandang akan kehidupan akhirat yang sepatutnya lebih diutamakan.

1 persoalan ...

Q:kenapa manusia mudah mengikut syaitan sehingga terpesong dari jalan yg lurus?

A:sebenarnya banyak factor...tapi,disini ingin di “bold” kan (maaf.mungkin peggunaan ayat yg xsesuai..)ialah faktor dalaman individu muslim itu sendiri yang berperanan sebagai banteng dari segala anasir2 yg tak sihat..

Apa yang dimaksudkan dengan faktor dalaman?

adakah ia hanya sekadar organ dalaman ?limpa?hempedu?jantung?...

(oo..tidak3...)

sebenarnya,ianya lebih dari itu .satu organ terpenting.diibaratkan sebagai raja dalam diri.(guess what...)

Abu Hurairah melaporkan dalam hadis

“hati adalah umpama raja dan anggota tubuh badan sebagai pengawalnya.apabila raja memerintah dengan baik,penawalnya tentulah bertugas dengan baik juga.apabila rajanya melakukan sesuatu yang tidak baik ,sudah tentu pengawalnya pun begitu juga.”

Hadis ini diperkuatkan lagi dengan pengakuan rasulullah.

“ketahuilah sesungguhnya didalam tubuh ada segumpal daging.apabila ia baik jadi baiklah seluruh badannya,dan sekiranya buruk,buruklah semuanya.ketauilah ia adalah hati.”

Ternyata,

sudah terang lagi berspotlight ..organ terpenting itu adalah HATI .

Bagaimana keadaan(akhlak) sekarang adalah reflect daripada hati.Hati yang sihat akan diterjemahkan dengan akhlak yang baik.

(see..bukan susah nak jugde orang...ye x?tengok saja pada akhlaknya...)

hati baikàiman baikàakhlak baikàmuslim baik

conc:walauapapun, ianya bermula dari hati.Sihatkan hati untuk menyerikan akhlak J

Semoga sinarannya terus terpancar dan memberikan cahaya kepada buat insan sekeliling.

terasa “sesuatu” dengan hati?

~carilah penawar untuk menyembuhkan ia~

Bagaimana?

::Terapi Hati::

insyaAllah,jika diberi masa dan rasa akan dikongsikan juga disini..

Rujukan:Halaqah.net,Bahagiakan Hatimu(Ibnu Qayyim Al-Jauziyah)

(hanya sekadar ingatan dan leteran buat diri ini yang sering lalai..Ya Rabb,ampunkanlah)

No comments:

Post a Comment

GUA.com

Tweet