Pages

Monday, May 30, 2011

renung~

keimanan yg benar menjadikan perjalanan hidup umpama sebuah kisah cinta..
pengorbanan menukar ujian pahit menjadi 1 kenangan manis..
kesabaran menjadikan segala beban yg ditanggung ringan & mudah..
keyakinan pada janji2 Allah menjadikan jiwa tenang ketika perjalanan begitu sukar..
kerinduan padaNYA menjadi pembakar semangat setiap kali berdepan dgn kegagalan &ujian berat..
sabarlah duhai hati..
ini ujian buatmu..:)

mood:baru lps demam slps balik dr cameron.InsyaAllah next week ke kelantan plak..

Friday, May 27, 2011

Putih..

sekadar gambar hiasan_tiada apa2 kaitan dgn post ni_

assalamualaikum...

Sedar tak sedar sudah setahun setengah bersama si putih (sp).Kadang-kadanng ok,tapi ada masanya ko. Siputih bagai pemudah cara hidup,penghubung dikala jauh,penolong disaat kecemasan dan pelengkap gaya hidup...;D .Banyak kenangan dengan siputih sejak Disember 2009 yang ku beli dengan 100% duit sendiri.

kadang-kadang siputih meragam,entah kenapa.xpasti.merajuk mungkin, sebab otaknya penuh ku sumbat dengan benda yang pelbagai kerana disitu lah letaknya sms,pic,vid dan kadang-kadang catatan nota kuliah,hutang,min.mesyuarat,prgm dan termasuklah diari hidup.(see,multi tasking kan?).Jadi tak hairanlah bila sy agak marah bila ada tangan-tangan luar yang suka meng ’explore’ diri siputih walau apapun alasan yg diberi dan walau beliau bermain dengan sumpah.(A***A maaf sangat2..Handset sarah bukan macam handset orang lain..:))

Dan sekarang meragam lagi.aduh!!.40% dari memory siputih dah hilang.Dan saya mmg sgt2 terasa kesusahan. segala perkara penting yang disimpan habis ditelan.(aduhai..banyak nak kena cover ni,nasib ada hardcopy back-up). Sekarang sangat mengharapkan bantuan sahabat2 lain untuk top-up sedikit sebanyak.

Mungkin ada hikmah disebaliknya.(handset baru mungkin..:)) yep,tapi itu hanya 1 kemungkinan kerana disaat ini poketku tidak berlagu. just wait n see.

p/s:kepada insan-insan terlibat yang baik hati+pemurah+demawan+++ ,sila2 lah hulurkan bantuan,saya masih menuggu bantuan kalian.Boleh terus direct ke account saya..(not my bank account but,my yahoo account k..) =.=’ mf.klu slalu menyusahkan.


Thursday, May 26, 2011

selamat hari lahir ayah..:)


selamat hari lahir ayah..

Ramli bin.Yahaya..
26 mei 1957
hari nie genap 54tahun hidup ayah..
kakak wakil adik4 yg lain..(k.chik,abang,k.yang&adek)
mendoakan smoga ayah..
dipanjgkan umur yg penuh dgn kebaikan&keredhaan Allah,
dimurahkan rezeki yg berkat..
diberi kesihatan yg baik..
dan semoga ayah terus dberi kekuatan dlm mendidik kami
kami akan sentiasa mendoakan kebahagiaan mak dan ayah dunia&akhirat..
&terima kasih byk3 atas sgala jsa &pengorbanan ayah kpd kami dlm mengajar kami erti sebuah kehidupan..
kami sayang ayah..

~smalam ayah kena sengat tebuan,tp..hari ni dah ok.:)~

Wednesday, May 18, 2011

antara 2..


assalamu'alaikum...
kini berada di rumah...^^
sekarang sedang mencari ruang2 kerja kosong..
huh!
susah jugak ea...erm
byk pilihan..(erm..2pilihan sj)
bila fikir 2x..
mak da offer jd baby sitter for my cousin, baby Hafiz...
nk kerja luar or jd baby sitter...??
klu ikut hati ..
nk ja jadi baby sitter baby hafiz yg da smakin nakal..
n merangkap teman sepermainan adek najme...hhehe
boleh tolong mak~
mmg best laa..
tp,....
kalau kerja, dapat pengalaman..
gaji:boleh tahan,untuk survive hidup utk hari mendatang..
so,
tggu dan lihat~
dimana ada rezki,peluang dan ruang~

tp,1 je yg dirisaukan...takut xdpt nk jg diri dan hati di rumah~
smoga Allah terus memberiku kekuatan untuk istiqamah
teringat pesanan sahabat:selagi kita pny hati,carilah kesusahan...
yep,mencari kesusahan!!
~tq k.sya~

wajah terbaru baby hafiz 8 month old~

wajah terbaru adk najme: 4hari tggal umah, da 2gigi hilang..hehe


Saturday, May 14, 2011

Pesan Imam Syafie..




10 pesanan Imam Shafie yang perlu diikuti: 
 
sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya 
serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: 
" Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka 
hendaklah ia mengamalkan 10 perkara: 
 
1. hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan 
dan berpada-pada dgn rezeki yd ada. 
 
2. Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg 
tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat 
persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH 
 
3. Hak kpd kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat 
kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org 
yg dizalimi. 
 
4. Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, 
meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati. 
 
5. Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan 
kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan 
kesulitan. 
 
6. Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): 
mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman 
dan suka berjamaah. 
 
7. Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran 
takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika 
terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak. 
 
8. Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd 
qadha' ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH 
dan bertaubat dr melakukan maksiat. 
 
9. Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn 
syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat 
dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH. 
 
10. Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, 
mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci 
kemaksiatan. 
 

aMARAN Dari ALLAH, Di DALAM MULUT BAYI. Must READ.!

AMARAN dari ALLAH ...

DIDALAM MULUT BAYI AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI.... - please read!!!.. TRUE STORY

Message: Begini ceritanya.... Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah s...ekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cinayang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut. Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut..............Nak tahu ape dia???????? Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang didalam kandungannye bertulis dalam tulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye??? Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia, sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi" Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang ketibaan hari kiamat.. Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut... Adakah anda percaya ?Dalam keadaan ini , cuba kita renungkan pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentangtanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi.Contonhye lelaki kawin sama lelaki begitulah sebaliknye. Dan didalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawatanda tanda hari kiamat ialah apabila orang islam sendiri yang membenci islam dan menentangnye. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di negara kita. Jadi secara amnye... sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila...........Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini.Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh di negara ini. Jadi sama-samalah kita renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia.....untuk menanti ketibaan hari kiamat.................... Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempabumi di tiga tempat ....timur tengah, barat dan timur. Waktu itu baru Turki dan Taiwan.Tup..tup..Mexico di landa gempabumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia dan Turki. Sama sama kita renungkan...buktinya jelas makin nyata dari hari ke hari....sabarlah menanti.....sekian Ini adalah keratan email yang dihantar oleh seorang rakan kepada saya..oleh itu menjadi tanggungjawab saya untuk edarkan pada semua.. sekian.. Notis dlm Mulut Bayi (pernah disiarkan disebuah akhbar berbahasa Cina) "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan- amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)

selamat suda~


salam a'laik..
alhamdulillah..
selesai suda..:)
mampu nanarik nafas lega...
(walau hny sbg penyedap rasa..^^)
sungguh,
kita hny mampu merancang...
dan penentunya adalah Allah..
jika mengharap sesunguh pd Allah
insyaAllah ,Allah akan bantu..
itulah ajaibnya kuasa takdir..
walau keletihan jasad
tp,alhamdulillah
sedikit sbnyk dpt memguatkan hati yg sblm ini lesu..
..1 pegalaman baru yg sgt menarik..
pnduan untuk hari2 mendatang.




Saturday, May 7, 2011

Hati2 menjaga HATI..

Assalam...alhamdulillah dpt tulis lg...^^

nk tulis apa??

Tulislah apa yg perlu ditulis ,bukan apa yg ingin di tulis~Cik smiLey...

persolan?

apa yang perlu ditulis?

erm..(thinking)

mungkin 1 peringatan untuk insan2(khususnya saya yang sangat mudah lupa..)

yep..memang!!

manusia mudah lupa,bukan hanya melayu..

sebab itu kita perlukan seseorang untuk mengingatkan..

ingatkan tentang apa sahaja..

termasuk no.ic or no.matrix or no.phone

or apa2 saja..(termasuk nama sedara sebelah rumah..^^)

ingatan demi ingatan..

manusia sering lupa..

usah jemu dalam mengingatkan diri..

sbb itu perlunya ingatan buat pengisian jiwa yang lalai..

sebab manusia adalah insan.

insan itu fitrahnya memang pelupa..

apa yg manusia sering lupa??

anda pernah lupa tak??.. J

Tuhan sekian Alam

~Allah~

manusia sering lupakan Allah.tanpa ingat akan kekuasaanNYA.

pernahkah hati terdetik..

kenapa aku dihidupkan?

aku hidup untuk apa..?

insan sering lupa akan tujuan dia dihidupkan

kekadang manusia lupa,tak ingat atau saja buat lupa akan hakikat sebuah kehidupan..

Q:kenapa manusia dihidupkan?

A:Tujuan manusia dihidupkan adalah untuk berperanan sebagai hamba dan khalifah-Nya. Tugas atau peranan manusia di sisi Tuhan ada dua. Pertama, sebagai hamba Allah, dan kedua, sebagai khalifah Allah di muka bumi.

Allah ada berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud: "Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepada Ku." Mengabdikan diri bermaksud memperhambakan diri iaitu membuat segala sesuatu hanya kerana Allah SWT.

Mengabdikan diri ada dua bentuk:

Pertama, sebagai hamba, manusia perlu melaksanakan ibadah-ibadah yang berbentuk khususiah.

Kedua, sebagai khalifah perlu pula menunaikan ibadah-ibadah yang berbentuk umumiah.

Tetapi,apa yang menyebabkan manusia sering lupa?

“Manusia ni bila diuji dgn dunia,tak akan lepas dgn keseronokan,& akan prtahankan keseronokan,tanpa pedulikan agama,sangup apa saja demi keseronokan!”

-ustaz Syed Nazli

(Principal of Ma'ahad Al Islami Manarut Taqwa,Balik Pulau.Penang)

Dunia dan segala isinya memainkan peranan penting sebagai agen syaitan untuk mengajak manusia kepada kesesatan yang nyata.Ini kerana syaitan telah bersumpah akan menyesatkan anak cucu adam untuk bersama-samanya di neraka.Nauzubillah..

Oleh sebab, itu tidak hairanlah jika manusia terlalu manja akan nafsu sendiri dek kerana iman@hati yang lemah/sakit itu telah berjaya didoktrin oleh syaitan dengan terlalu mengejar dunia sehingga terlepas pandang akan kehidupan akhirat yang sepatutnya lebih diutamakan.

1 persoalan ...

Q:kenapa manusia mudah mengikut syaitan sehingga terpesong dari jalan yg lurus?

A:sebenarnya banyak factor...tapi,disini ingin di “bold” kan (maaf.mungkin peggunaan ayat yg xsesuai..)ialah faktor dalaman individu muslim itu sendiri yang berperanan sebagai banteng dari segala anasir2 yg tak sihat..

Apa yang dimaksudkan dengan faktor dalaman?

adakah ia hanya sekadar organ dalaman ?limpa?hempedu?jantung?...

(oo..tidak3...)

sebenarnya,ianya lebih dari itu .satu organ terpenting.diibaratkan sebagai raja dalam diri.(guess what...)

Abu Hurairah melaporkan dalam hadis

“hati adalah umpama raja dan anggota tubuh badan sebagai pengawalnya.apabila raja memerintah dengan baik,penawalnya tentulah bertugas dengan baik juga.apabila rajanya melakukan sesuatu yang tidak baik ,sudah tentu pengawalnya pun begitu juga.”

Hadis ini diperkuatkan lagi dengan pengakuan rasulullah.

“ketahuilah sesungguhnya didalam tubuh ada segumpal daging.apabila ia baik jadi baiklah seluruh badannya,dan sekiranya buruk,buruklah semuanya.ketauilah ia adalah hati.”

Ternyata,

sudah terang lagi berspotlight ..organ terpenting itu adalah HATI .

Bagaimana keadaan(akhlak) sekarang adalah reflect daripada hati.Hati yang sihat akan diterjemahkan dengan akhlak yang baik.

(see..bukan susah nak jugde orang...ye x?tengok saja pada akhlaknya...)

hati baikàiman baikàakhlak baikàmuslim baik

conc:walauapapun, ianya bermula dari hati.Sihatkan hati untuk menyerikan akhlak J

Semoga sinarannya terus terpancar dan memberikan cahaya kepada buat insan sekeliling.

terasa “sesuatu” dengan hati?

~carilah penawar untuk menyembuhkan ia~

Bagaimana?

::Terapi Hati::

insyaAllah,jika diberi masa dan rasa akan dikongsikan juga disini..

Rujukan:Halaqah.net,Bahagiakan Hatimu(Ibnu Qayyim Al-Jauziyah)

(hanya sekadar ingatan dan leteran buat diri ini yang sering lalai..Ya Rabb,ampunkanlah)

GUA.com

Tweet