Pages

Saturday, November 13, 2010

BAGAIMANA MENJAGA HATI ?

Assalamuaalaikum sume..:)
ingin kukongsikan bsama anda beberapa tips yg mmg menarik!!
(dicopy drpd skype seorang sahabat)
syukran kathir.. :)

BAgaimana menjaga HATI..???

Perlu mujahadah.
Mujahadah dengan hati melawan gelora tersebut. Ia adalah ujian buat semua pemuda dan pemudi. Justeru bagi sesiapa yang berjihad di jalanNya, ujian itu jauh lebih kuat.

Ana mengingatkan kembali kata-kata Imam Al-Ghazali, hujjatul Islam bahawa "Nafsu itu benda yang boleh diam dan boleh diuja".

Melihat wanita (atau lelaki), mendengar lagu yang menyemarakkan, melihat televisyen, membaca buku atau membuka laman internet yang tidak halal boleh menaikkan syahwat. Oleh itu, kita harus elak benda-benda sebegitu.

Ana nyatakan di sini beberapa kaedah yang insya Allah boleh mendiamkan syahwat;

Pertama; banyakkan membaca al-Quran (jadualkan masa dan sukatannya)

Kedua; zikir tanpa henti. Berdiri, duduk, tidur, bangun, bekerja, belajar...jangan putus berzikir. Zikir itu ubat yang kuat. Kita akan dekat dengan Allah sang pemberi ujian dan nikmat.

Ketiga; Qiam - Qiamullail dengan solat-solat serta doa. Insya Allah, Allah menjaga kita.

Keempat; Jaga makanan. Elakkan memakan daging. Haiwan secara naturalnya mempunyai hormon yang bakal dipindahkan ke tubuh pemakannya. Testosteron, progesteron, glukokortikoid-semua itu hormon seks. Tambahan pula, daging banyak vitamin B yang berfungsi meningkatkan nafsu. Apatahlagi kalau haiwan tersebut disuntik dengn DES, ia secara terus menguatkan nafsu si pemakan. Oleh itu, rendahkan kadar pengambilan daging dan banyakkan memakan makanan berasaskan tumbuhan. Elakkan juga makanan ringan sebab kebanyakan makanan ringan adalah berasaskan protein haiwan dan mempunyai frekuensi getaran yang rendah serta tidak stabil lagi menggetarkan hati kita.

Memakan banyak protein selain melambatkan penghadaman, juga menyebabkan beberapa asid amino penting perlu bersaing untuk masuk ke dalam tubuh kita. Antara asid amino yang signifikan adalah triptofan iaitu prekursor penghasilan serotonin. Kita perlu tahu bahawa serotonin menyebabkan kita berasa tenang dan apabila triptofan (bahan asas bagi menghasil serotonin) berkurang, kita akan kekurangan serotonin juga. Agresif, liar, stress dan kurang berakhlak adalah natijahnya. Paling penting juga jangan guna mikrowave - getarannya di luar tabii. Makanan yang baik memberikan kita kehidupan yang stabil.

Abahku pernah berpesan; 3 perkara mesti dijaga ketika bermujahadah:
1) pandangan
2) pemakanan
3) hati

baru dapat berzikir dan terus beramal
renung2kan dan selamat beramal!!!

wallahu a'lam

3 comments:

  1. best2!!

    :D

    p/s: sarah, saya rindu sama kamu sgt2 :D

    ReplyDelete
  2. Nisa....
    rindu kmu jg...hehehe
    jg diri molek3 deh...
    #bila plak ko nk blik m'sia nisa??
    huhu

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.
    perkongsian yang mantop, teruskan tinta dakwah anda.Moga Allah redha. ini perkongsian dari ana.Moga bermanfaat :)

    http://yaquthulaif.blogspot.com/2010/10/nota-nota-hati_27.html

    ReplyDelete

GUA.com

Tweet